B a b 9

72 3 0
                                    

      Setelah hampir 3 jam  bersama meraikan, majlis berakhir setengah jam kemudian.Syafiq  gembira dapat berjumpa hampir semua kawan kawannya.Namun ketiadaan Muhammad Al Hafizi atau pun Kumar sahabat baiknya tetap juga di rasai.

         "malam ni aku nak balik ke Taman Nora.."Fazura  memberitahu sambil menunjuk jalan perlu dilalui Syafiq.

       "esok kau tak drive dari rumah ke..?"Syafiq mula berfikir untuk menghantar Fazura ke tempat kerja.

        "aku dah apply cuti 3 hari..sunyi sangat aku rasa bila Isyraf dan Amani tak ada.."Fazura mengawal sedih.Syafiq simpati dan berharap kesedihan cepat berlalu dari hidup Fazura.Dia akan sentiasa berada dekat dengan Fazura untuk menggantikan ketiadaan mereka  dalam hidup Fazura.

      Mereka sampai di kediaman keluarga Fazura tidak lama kemudian.Walaupun malam hampir jam 10.45 ibu tetap mempelawa Syafiq untuk masuk ke rumah.Seingatnya  tidak pernah sebelum ini Fazura membawa atau di hantar lelaki balik ke rumah,cuma sekali itu pun masa sekolah kerana ketinggalan bas.

       Pn.Marlia memeluk ,kasihan pada Fazura yang terpaksa berpisah dengan Isyraf dan Amani.Dia menasihatkan Fazura bersabar dan merelakan semuanya demi kebaikkan Isyraf dan Amani.Syafiq hanya diam memerhati,pada mulanya dia ingin terus balik tetapi sewaktu Fazura keluar dari kereta  Pn.Marlia sudah menanti di hadapan pintu menyebabkan dia keluar untuk meminta maaf kerana membawa Fazura keluar tanpa keizinan.

       'zura...minta maaf sebab janji zura pada arwah Syanie zura tinggalkan ibu...dan  membantah cakap ayah.."

       Pn.Marlia memeluk Fazura lebih erat menandakan dia tidak pernah berkecil hati atau pun marah malah dia cuba memahami tindakan Fazura.

      "ayah pun sebenarnya boleh terima Isyraf dan Amani pada mulanya...ayah tahu janji zura pada arwah Syanie...cuma ayah marah sangat bila zura tolak pinangan anak kawan ayah....bila tanya kenapa..?zura tak nak jawab lepas tu siap pindah rumah larikan diri.."ayah bersuara dari tepi hujung sofa menghampiri Fazura dan ibu.

       Hati ayah mana tidak terusik jika seorang anak yang di manja tidak mendengar kata.Malam itu dia sendiri tidak  dapat menahan kesedihan mendengar tangisan Fazura dan isterinya dan turut meluahkan segalanya.

       Syafiq tergamam mendengarnya.Dia merenung Fazura penuh rasa bersalah.Syafiq bangun dan merapati ayah Fazura,ketika itu En. Afzan baru terperasankan Syafiq.

       "zura buat macam tu sebab saya ..saya yang suruh dia tunggu sampai saya balik dari Australia...semua silap saya...maaf pak cik.."           Syafiq mengaku terus menghulur tangan bersalaman dengan ayah Fazura.Semua kekusutan perlu di huraikan malam itu.Syafiq mahu memikul kesalahan yang baru di ketahui demi Fazura.

     En.Afzan dan Pn. Marlia berpandangan.Apa yang diberitahu Syafiq perlukan lebih sesi soal jawab antara mereka.Fazura hanya diam membiarkan syafiq membuat penyelesaian dengan ayah dan ibunya.Dia duduk disebelah ibunya dan kadangkala menjawab apabila ditanya oleh ayah beberapa kali.

        Perwatakan Syafiq  mudah mesra dan amat menghormati orang tua membuatkan ayah tidak kekok.Setengah jam mereka berbual mesra disertai Amar yang baru sampai ke rumah.Oleh kerana hari makin lewat Syafiq meminta diri kemudiannya. Fazura dan ibu sudah lama berehat di bilik masing masing.

        Bunyi telefon ditengah malam menyedarkan Fazura.

        "Assalamualaikum..hello zura.."

         "waalaikumussalam...tak tidur lagi ke..? kan esok kerja ..?"Fazura mengingatkan Syafiq.Matanya yang mengantuk  digosokkan sedikit.

       "aku tak boleh nak tidur...rasa bersalah pada kau..."ujar Syafiq.

         "larh..ingatkan tadi dah habis kita disscus pasal ni.."Fazura mengeluh.

          "itu dengan parents kau..dengan kau belum lagi.."

          "dah...lah kita lupakan semua tu..aku dah maafkan kau pun..."hilang sudah mengantuk Fazura melayan Syafiq berbual.

           "ok kalau macam tu bolehlah aku tidur lepas ni"beritahu Syafiq lega.

          "hah..yelah tu..sweet dream.."ucap Fazura dan selepas ini dia pula yang akan berjaga tidak  boleh tidur.

         "terima kasih zura dan masukkan aku dalam mimpi kau malam ni..."balas Syafiq.

¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶

Pєяנαηנιαη 'αℓα' RιвєηαWhere stories live. Discover now