Syafiq memandang Fazura,tak lari dari rasa bersalahnya.Dia ni cakap macam nak cari gaduh atau tidak berpuas hati,syafiq memang kurang pasti.
"Zura,aku minta maaf,pasal janji tu,kau terikat pada aku..aku memang berharap sangat kau tunggu aku...."ketika itu juga Fazura memandang syafiq cuba mencari kebenaran dalam kata katanya.
Kemudiannya Fazura mendapat panggilan dari Nesha.Sejurus tanpa berlengah Syafiq bergegas membawa kereta ke tempat yang diberitahu Fazura.Di sana telah sedia menunggu Nesha dan seluruh ahli keluarga tidak ketinggalan ummi dan abang Syanie.Isyraf dan Amani juga dilayan dengan baik.
x "zura,aku minta maaf...aku terdesak,malam tadi aku dah cuba cal kau...tak dapat...mak aku sakit tenat..sebelum pergi dia nak jumpa anak anak Kumar..."Nesha mendapatkan Fazura dengan air muka yang dalam kesedihan.Fazura simpati dan memeluk Nesha.
"tak apalah kalau kau dan semua ahli keluarga sudah boleh menerima budak budak tu pun dah cukup...aku tumpang gembira..."Nesha terus menanggis di dalam pelukkan Fazura.
Rasa bersalah kepada abangnya Kumar memuncak bila melihat anak anak saudaranya Isyraf dan Amani di jaga oleh orang yang tidak ada kena mengena dalam keluarga mereka.Selepas ini dia akan pastikan semua kebajikan anak saudaranya itu tidak diabaikan walaupun mereka berlainan agama.
Hajjah Sharifah Maria,ummi Syanie dan abangnya Syed Hud datang menghampiri Fazura ketika dia cuba menerangkan secara mudah tentang kedudukan sebenar kepada Isyraf dan Amani.Fazura tidak boleh selamanya merahsiakan hal sebegini dari mereka.Biarlah mereka tahu yang dia bukanlah mama mereka yang sebenar walaupun kenyataan itu amat pahit dan menyedihkan.
"zura,mak cik ucapkan terima kasih. ..bertahun lamanya kami simpan rasa kesal dan bersalah ni . .sampai bila pun tak tahu . .sebab syanie dah tak ada ..."Fazura sungguh simpati dengan ummi Syanie ketika itu.
"dia ada minta izin nak nikah,tapi kami langsung tak pedulikan dia...lepas setahun biarkan dia,kami cari dia di Taman Pelangi tapi tak jumpa,orang kat situ cakap dia dah pindah ikut husband ke Penang...kami usahakan juga cari kat sana sampai akhirnya kami dapat tahu dia dan suaminya dah pun meninggal"abang Syanie pula menambah.
Hajjah Sharifah Maria masih lagi menanggis ketika itu tangannya membelai rambut Amani yang kerinting bergulung saling tak tumpah wajah Syanie.Amani tersenyum bila kemudiannya dia didukung pula oleh Syed Hud.
"zura,mak cik rasa bersalah sangat pada syanie jadi mak cik nak tebus rasa bersalah tu dengan menjaga anak anaknya...mak cik dah tak dapat buat apa apa untuk syanie tapi mak cik akan cuba memberi kasih secukupnya pada anak anak dia..mak cik harap sangat, zura dapat bertolak ansur dan beri mak cik peluang yang ada ni...apa yang zura lakukan untuk budak budak tu selama ni memang mak cik terhutang budi sangat...." .Fazura sedar dia harus menerima hakikat yang lebih menyakitkan ini.Walaupun berat hati tetapi dia bersetuju juga dengan permintaan ummi Syanie.
Mungkin setakat ini segala pengorbanan dan amanah yang dapat Fazura tunaikan demi sahabat baiknya arwah Sharifah Shanieah.
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶\
Syafiq melihat jam tangan sudah melewati pukul 12 tengahari.Perut sudah berkeroncong minta diisi.Fazura diam membisu tadinya selepas mencium Isyraf dan Amani air matanya bagaikan tidak mahu berhenti mengalir hinggakan Syafiq terpaksa mengiringkannya ke kereta.Dia tidak sampai hati melihat Isyraf menanggis menjerit jerit memanggilnya di dukungan Syed Hud.
"zura,kita pergi makan dulu..."ajak Syafiq cuba menarik perhatian Fazura daripada terus termenung.
"kita balik rumah teruslah,aku tak ada selera nak makan.."lemah Fazura menjawab.
YOU ARE READING
Pєяנαηנιαη 'αℓα' Rιвєηα
Roman d'amourCerita berkisarkan kehidupan berpegang sebuah perjanjian yang dipanggil janji ala RIBENA.Tempoh beberapa tahun untuk menunaikan janji dan tekad pada diri sendiri telah menghalang syafiq dari menunaikan janjinya kepada Fazura.Dan Fazura pula dek ker...