Tanpa bertanya lagi Syafiq terus membiarkan Fazura melayan perasaan sedihnya.
"zura,aku balik dulu,tadi aku dah beritahu HR kau cuti hari ni,esok pergi HQ..bawak sekali laporan lengkap yang aku nak tu...aku tunggu kat office esok..kalau ada apa apa cepat cal aku"arah Syafiq setelah menghantar Fazura hingga ke depan pintu rumah.Fazura mengangguk dan mengucapkan terima kasih kepada Syafiq sebelum menutup pintu rumah dengan perlahan.
Syafiq menyangkut sweater ke dinding,rasa mengantuk yang teramat sangat.Manakan tidak selepas Fazura menutup telefon,dia sibuk mencari nombor telefon Maya untuk bertanyakan serba sedikit hal Fazura.Walaupun terkejut dihubungi Syafiq, Maya memberitahu serba sedikit maklumat mengenai Fazura yang dia tahu berserta alamat rumahnya sekali.
Syafiq mundar mandir didalam rumah,langsung tidak boleh tidur mengingatkan Fazura tidak lagi setia berpegang pada janji. Perasaan tidak sabar membuatkan Syafiq mengambil keputusan meredah sepertiga malam mencari rumah Fazura.Syukurlah akhirnya semua selesai dengan jalan yang dipermudahkan oleh ALLAH yang maha kuasa.Pelupuk mata syafiq kian memberat tidak mampu lagi untuk bertahan.Dia tertidur dengan lena tanpa bertangguh lagi.
Fazura berseorangan di hantar abang Din selaku pemandu syarikat ke pejabat Syafiq yang beroperasi di pusat bandar.Bangunan 15 tingkat itu adalah kepunyaan syarikat dan ada juga beberapa bahagian lot yang disewakan kepada badan korporat lain.Fazura menekan punat lif ke tingkat 6 terus ke pejabat Syafiq.Dia menyerah kan lampiran lengkap yang diminta Syafiq tempohari.Mudah mudahan tidak ada apa apa yang tertinggal kali ini.Syafiq meneliti dengan tekun ke semua lampiran tersebut dan menanda tanganinya.Sejurus selesai Fazura mengemaskan ke semua lampiran kedalam fail dan mahu bergerak balik ke pejabat.
"tak kan nak balik dah...?"tegur Syafiq.
Fazura yang mengenakan uniform kerja kebaya pendek berwarna biru terhenti dari bangun dan duduk semula.Wajahnya masih lagi sedih macam semalam.
"zura,aku nak bincang sikit pasal kita...aku nak bawa Pak su jumpa keluarga kau minggu depan...aku nak tunaikan janji aku pada kau..aku dah tak nak tangguhkan lagi.."putus syafiq bersungguh sungguh.
"kalau ikutkan perjanjian tu pun dah setahun expired dah...kau nak tunaikan apa lagi..?"ujar Fazura.
"janji aku tu mana ada expired,kau jangan nak memandai mandai mengubah pulak"syafiq rasa tertekan dengan jawapan Fazura.Dia merenung ke wajah Fazura yang muram ketika itu.
"kau memang tak ada pilihan lain ke selain aku?aku tak naklah disebabkan janji dulu tu kau terpaksa kahwin dengan aku...masa sekolah dulu memang aku marah sangat kat kau tapi,sebetulnya lepas kau pergi Australia aku dah pun maafkan kau ..aku tahu kau tak sengaja"
Fazura tidak mahu antara mereka rasa terbeban dan saling menyalahkan nantinya.
"aku memang selamanya ikhlas dengan janji kita tu ,cuma kau tu yang tak yakin pada aku
patutnya kau kena beri aku peluang supaya kau boleh nampak keikhlasan aku nanti..."Syafiq cuba meyakinkan Fazura lagi.
"entahlah..aku cuma tak nak kau buat semua ni sebab terpaksa dan rasa bersalah..dan aku tak nak nanti kita menyesal tak sudah.."beritahu Fazura lebih jelas supaya Syfiq lebih memahami.
"aku nak kita sama sama cuba kukuhkan hubungan kita..malam ni aku nak bawak kau ke satu tempat istimewa...aku datang dalam pukul 8 nanti..kau tak ke mana manakan..?"
"selalunya kalau lepas balik kerja aku stay kat rumah.."Sememangnya itulah rutin seharian Fazura.Syafiq tersenyum dan menyerahkan bungkusan beg berwarna coklat.Fazura menyambut dan membelek sedikit sepasang pakaian dari dalam beg.
"sory kalau kau tak berapa berkenan,nanti malam kau pakailah baju tu.."Syafiq masih lagi tersenyum tapi sikap suka mengarah memang sentisa ada.
"Ehh dah lah suruh keluar dengan dia,siap paksa pakai baju yang dia bagi pulak.."Fazura membebel dalam hati.
"yelah..terima kasih"dimulutnya itu pula yang diucapkan.
"nak aku hantar kau balik office Taman Kota ke..?"tanya Syafiq.
"ehh...tak payah aku balik dengan staff driver ajelah.."Fazura mula bangun.
"aku hantar ke bawah..'gesa Syafiq seraya membawa barangan pejabat mendahului Fazura menolak pintu pejabatnya.Tidak larat membantah Fazura mengekori Syafiq dari belakang.
"jangan lupa malam ni..."pesan Syafiq mengingatkan.Fazura hanya mengangguk sewaktu Syafiq menutup pintu kereta.Syafiq kemudian bersalaman dengan abang Din yang baru hendak masuk ke dalam kereta kerana baru terperasankan Fazura dari counter penyambut tetamu.Kereta bergerak laju terus menuju pejabat Fazura.
¶¶¶¶¶!¶¶¶¶¶\\\¶¶¶¶¶¶¶¶
YOU ARE READING
Pєяנαηנιαη 'αℓα' Rιвєηα
RomantizmCerita berkisarkan kehidupan berpegang sebuah perjanjian yang dipanggil janji ala RIBENA.Tempoh beberapa tahun untuk menunaikan janji dan tekad pada diri sendiri telah menghalang syafiq dari menunaikan janjinya kepada Fazura.Dan Fazura pula dek ker...