B a b 8

72 2 0
                                    

      Fazura mengeluarkan baju yang diberi Syafiq.

Sepasang gaun labuh berwarna ungu yang cantik.Hiasan kecil bunga ros berwarna putih di hujung tangan dan hujung labuh baju nampak ringkas dan tidak terlalu menonjol.

      "pandai..jugak dia pilih.."puji Fazura bercakap sendirian sambil mula bersiap.Susuk badan Fazura yang kecil molek dan berkulit cerah setiasa padan disesuaikan dengan apa saja fesyen pakaian.Melihat pantulan diri di cermin jelas menayangkan perasaan gementar.

      "heyh...kenapa pulak rasa resah semacam ni"

Tangannya menyarungkan skaf berlabuci ke kepala selepas menyisir rambut ke belakang.

         " tak senang duduk macam kali pertama nak keluar dating pulak .....ehh tak ini second time,first time dulu enam tahun lepas."  Fazura masih bercakap sendiri sambil mengenakan solekan asas yang rapi.

       Syafiq mengenakan kemeja putih berjenama Polo berlengan panjang,dilipat hingga ke siku dipadankan  dengan sehelai seluar slack hitam.Rambut di sikat kemas dan disapukan dengan secalit gel.Raut muka beriras Shafiq Kyle pelakun drama bersiri bila hati berbicara yang menjadi tontonan ramai waktu itu. Perasaan tidak sabar bersarang dihati syafiq sepantas itu       

juga dia memusingkan lingkaran tali jam di pergelangan tangan kiri dan melihat jam  7.40 malam.Dia memandu ke rumah Fazura.

        Syafiq menelefon Fazura memberitahu,dia sudah pun berada di hadapan rumah.Fazura menarik nafas dan menyarung kasut bertumit  3 inci ke kaki,terasa penat asyik mendongak bila bercakap dengan Syafiq.

     Di taman RIBENA buah buah blackcurrant membentuk kalungan bunga dan bersorak gembira, lalu dihadiahkan kepada  Fazura kerana telah membuat Syafiq terpukau seketika memandangnya.

           "sory...lambat sikit "tegur Fazura pada Syafiq di dalam kereta yang hanya diam melihatnya.Dia membuka pintu kereta dan duduk di sebelahnya.

            "ok tak apa..sebelum ni pun lama kau tunggu aku kan...sekarang  ni giliran aku tunggu kau pulaklah..."beritahu Syafiq tersenyum memandang Fazura.Syafiq terus memandu tanpa memberitahu Fazura destinasi di tuju.

         Sesampai di suatu  kawasan simpang masuk Fazura mula dapat meneka haluan mereka.

         "kau nak ke mana ni. ..?bukan ke ini jalan masuk ke sekolah kita..?"soal Fazura ketika kereta Syafiq sudah semakin hampir dengan pintu pagar sekolah.

           "hah..betullah tu..kita memang nak ke sini,jomlah kawan kawan kelas aku buat majlis reunion malam  ni.."ujar Syafiq  membuka pintu kereta untuk Fazura setelah keretanya di parking.

        

             Mereka beriringan masuk ke perkarangan sekolah dan tidak banyak pengubahsuaian berlaku.Pihak sekolah hanya menambah sebuah lagi bangunan 2 tingkat di bahagian belakang  untuk kemasukan pelajar tingkatan 6 awal tahun lepas.

            Melepasi block A, semakin kuat ingatan mereka pada sudut bangunan tempat mereka berdua terjatuh.Sesampainya di situ mereka terhenti dan saling berpandangan.

Pєяנαηנιαη 'αℓα' RιвєηαWhere stories live. Discover now