Setiap pandangan kau pada yang lain,
Belum tentu ia benar.
Sebelum kau mengetahui asal-usulnya.Manusia,
Mereka makhluk yang banyak membisu,
Tentang isi hati mereka.
Walaupun mulut banyak berbicara,
Tapi ia semua basa-basi.Mereka cuba untuk simpan,
Setiap kedukaan,
Kekecewaan,
Kesedihan,
Walaupun di bibir melakar senyuman.
Tanda kebahagiaan.Tapi kau,
Langsung tidak mengambil tahu,
Malah menilai mereka,
Seperti diri itu tuhan,
Sedangkan tuhan juga menimbang setiap amalan.Mulut kau berkata mereka jahat,
Sedangkan kau tak tahu niat yang sebenar.
Mulut kau bercerita itu ini,
Sedangkan kaki kau bukan di tempat mereka.Hakikatnya,
Kau sombong.
Suka menilai sesuka hati.Sedarlah, wahai manusia yang suka menilai.
20:18
27/5/2020
YOU ARE READING
Saatku Berbicara
PoetryIni puisi pertama. Maafkan aku jika, Ia tidak sempurna, Kernaku manusia biasa, Yang mahu mencuba.