RASA

9 5 0
                                    

Masaku sudah tiba,
Rasaku mula berlaga,
Tidak ingin berkata,
Di hadapan mereka.

Kakiku ke sana,
Diriku ditatap mereka,
Lalu resah juga,
Yang ku rasa.

Petiku bergetar mula,
Suaraku pula tiada,
Bunyi sayup-sayup saja,
Menerpa di telinga.

Kiniku tiada rasa,
Duniaku yang nyata,
Semuanya bagai gelap-gelita,
Di alam lara.

Bukanku tidak mencuba,
Tapiku tiada daya,
Untuk melawan niskalanya,
Yang sudah bermaharajalela.

Mungkinku dianggap gila,
Keranaku menurut sahaja,
Seperti seorang hamba,
Walau sedang sengsara.

Fikirmu itu biasa,
Sedangmu jiwa berbeza,
Tapiku yang teraniaya,
Dengan fikiran bersengkata.

19:07
11/9/2020

Saatku BerbicaraWhere stories live. Discover now