CUBA

19 8 0
                                    

Ada masa,
Aku cuba lari daripada bisikan fikiran.

Ada masa,
Aku cuba untuk bangun dari kejatuhan.

Ada masa,
Aku cuba mengabaikan emosi kesedihan.

Ada masa,
Aku cuba menahan bibir melakar senyuman.

Ada masa,
Aku cuba mengelak hilang nyawa dalam badan.

Ya. Ada masa.
Kalau aku ada masa.
Kalau..

Sungguh,
Bisikan masih mengikat aku untuk berdiam diri saja.

Sungguh,
Kejatuhan masih menarik aku untuk terus bersama.

Sungguh,
Emosi masih meninggalkan aku rasa kesedihannya.

Sungguh,
Bibir mengalah berat untuk mengukir senyumannya.

Sungguh,
Diri meronta-ronta supaya jasad ditinggal tidak bernyawa.

Apa perlu ku buat?
Sedang semuanya berbeza pendapat.
Cuba tuk ku lawan,
Tapi semuanya tidak mahu mengalah.

Akhirnya semua menjadi peninggalan..

Dibiar soalan,
Tanpa jawapan.

17.35
5/6/2020

Saatku BerbicaraWhere stories live. Discover now