BERUBAH

6 2 0
                                    

Jika ingin mengubah diri,
Tak perlulah ada tapi,
Kau patut tolaknya ke tepi,
Kalau tidak mahu diri,
Bernafsu kembali.

Niat baik itu dari Ilahi,
Untuk menarik kau kembali,
Ke jalan yang dicari-cari.
Jadi kenapa perlu lari,
Dan perlu menyebut tapi?

Bersyukurlah niat sudah dihati,
Cuma perlu dilaksanai,
Supaya tidak hilang nanti,
Kerana hati sudah mati.

Aku juga mengetahui,
Kau pasti disakiti,
Dengan alasan dijauhi,
Dicemuhi, dibenci,
Dan diasingkan diri.

Tapi,
Fikirankan kembali,
Kenapa diri ini,
Juga yang dipilih oleh ilahi?

"Aku bukan seorang yang kuat," kata diri.
Kau juga bukan seorang yang lemah tapi,
Sebab kau mampu untuk tempuhi,
UjianNya tanpa disedari.



15:18
12/9/2020

Saatku BerbicaraWhere stories live. Discover now