SABAR

37 10 0
                                    

Sungguh, aku tak tahan,

Melihat perangai manusia yang bermacam-macam kerenah.

Sungguh, aku tak tahan,

Kerana kesabaran aku juga terbatas.

Sungguh, aku tak tahan,

Menahan rasa sakit di hati yang sudah banyak ku tampal dengan keredaan.

Sungguh, aku tak tahan,

Menghadap perkara yang sama berulang-kali.

Tapi,

Aku pilih untuk berdiri teguh juga.

Kerana aku tahu,

Dia takkan sia-siakan apa yang aku hadapi selama ini.

Bersabarlah wahai hati,

Syurga tertinggi buat mereka yang bersabar.


13.37
31/5/2020

Saatku BerbicaraWhere stories live. Discover now