PUJIAN

18 7 0
                                    

Kau selalu berkata-kata manis,
Dalam setiap perbuatan aku,
Yang kau lihat.

Aku pula,
Hanya menafikan sahaja,
Dan membalas dengan kata-kata manis juga.

Walhal,
Di lubuk hatiku,
Sudah meraung kesedihan serta penyesalan.

Kau tak tahu,
Betapa bencinya daku,
Dengan diriku sendiri.

Sungguh,
Aku tak nak rasa itu hadir,
Setiap kali aku berkelakuan baik.

Sungguh,
Aku tak mahu rasa itu hadir,
Setiap kali kita bertemu.

Sungguh,
Aku tak nafi rasa itu hadir,
Setiap kali kau memuji.

Ya.
Itulah yang kau selalu tuturkan,
Bernama pujian.

Aku merayu,
Dalam diam,
Tidak mahu mendengar lagi.

Kerana aku takut,
Lemahnya iman ini,
Untuk melawan perasaan riak.





08:16
15/6/2020

Saatku BerbicaraWhere stories live. Discover now