BAIK?

17 5 0
                                    

Dagu mendongak,
Seperti hidung dapat menyentuh langit.

Mata meninggi,
Sambil menjeling yang di bawah.

Bibir mengelat,
Terlihat aura kesombongan.

Hati berasa bangga,
Dek rasa diri lebih baik,
Konon amalan pasti diterima.

Mulut bertutur bicara,
Mengalahkan para ulama,
Sedang ilmu hanya sebesar zarah.

Jangan kerana baru diterima hidayah,
Memandang yang lain,
Seperti diri itu ahli syurga.

Lupakah engkau,
Yang syaitan dihalau dari syurga,
Kerana kesombongannya?

Sedangkan engkau,
Langsung tidak pernah jejak ke syurga,
Walaupun sekali.



09:45
17/6/2020

Saatku BerbicaraWhere stories live. Discover now