Part7

5.4K 624 98
                                    



[Jaen pov]

Aku melihat bangunan besar di hadapan aku. Air liur di teguk kelat. Syarikat yang aku nak interview ni boleh tahan besar. Aku menarik nafas panjang dan masuk ke dalam syarikat tersebut.

" Ya cik datang sini ada apa? " soal pekerja di situ

" ouhh.. saya nak interview " kataku

" cik Jaen ke? " soalnya

" aah Ya saya " kataku sambil
tersenyum

" ouhh.. Tuan Muda Na dah tunggu di bilik interview tingkat 8 sebelah kiri " katanya sambil tersenyum. Aku terus pergi ke arah bilik itu. Sempat aku berterima kasih kepada pekerja itu.

______

[Jaemin pov]

Aku melihat ke arah fail bewarna biru yang dalamnya merupakan maklumat lengkap tetang P.A baru aku. Aku hanya memandang nama P.A baru aku itu lama tanpa membaca maklumatnya yang lain. Malas.

" Wong Jaen? " soalku sendiri. Nama itu sudah lama tidak aku dengar. Adakah dia? Orang yang aku pernah kenal selama ini? Tapi..

" tak mungkin itu Wong Jaen yang aku kenal dulu " kataku. Aku memusingkan kerusi kerjaku menghadap cermin yang boleh menampakkan kota seoul itu. Aku mengeluh kecil

" mana kau Wong Jaen? " soalku sorang diri lagi. Bunyi pintu di ketuk seseorang menarik perhatian aku.

" masuk " kataku yang masih menghadap ke arah cermin

" Tuan Muda Na P.A baru Tuan Muda Na sudah sampai untuk interview " kata pekerja aku

" baik suruh dia masuk " kataku mendatar..

__________

Jaen melangkah masuk ke dalam bilik interview dengan penuh gemuruh.. dia berdiri di hadapan meja CEO syarikat itu.

" sapa nama kau? " soal jaemin mendatar yang masih membelakangi jaen

" Wong Jaen " kata jaen. Jaemin terdiam seketika bila mendengar suara jaen.

" berapa umur kau? " soal jaemin

" 20.. 20 tahun " jawab jaen gagap. Dia hanya menunduk dari tadi akibat takut. Nampaknya bos dia adalah seorang yang garang..

Jaemin dengan malasnya memusingkan kerusinya untuk menghadap P.A barunya.. dia agak tergamam bila melihat wanita di hadapannya.. dia terus bangun dari duduknya..

" jae.. jaen " katanya perlahan tapi masih boleh di dengar oleh jaen. Jaen mengangkat kepalanya. Matanya membulat akibat terkejut. Dia terundur ke belakang setapak.. kenapa? Kenapa dia perlu berjumpa dengan lelaki yang dia benci..

Jaemin berjalan laju ke arah jaen. Tubuh wanita itu terus di peluknya. Jaen tergamam dengan perbuatan drastik jaemin..

" mana kau hilang selamani jaen? " kata jaemin. Jaen terus menolak tubuh jaemin jauh daripada dirinya..

" maaf Tuan tapi saya rasa nak batalkan interview ini. Saya pergi dulu " kata jaen dan terus melangkah untuk pergi. Jaemin dengan pantas memegang pergelangan tangan jaen

" kau tak boleh pergi dan interview ini tak boleh di batalkan! Kau dah tanda tangani perjanjian yang kau tak boleh berhenti selama 6bulan masa bekerja kalau tidak kau boleh di kenakan saman " kata jaemin agak sinis.. jaen mengeluh kecil kenapa lah dia main tanda tangan je masa oppanya bagi surat kontrek syarikat Na..

" jaen pandang aku " kata jaemin. Kedua bahu jaen di pegang supaya wanita itu menghadap ke arahnya..

" mana kau hilang selamani? " tanya jaemin sambil memandang tepat ke arah wajah jaen dengan pandangan yang redup..

" bukan urusan tuan. Bila saya boleh start kerja di sini? " soal jaen mendatar tanpa melihat ke arah jaemin. Hatinya sakit kenapa dia perlu berjumpa dengan lelaki yang dia langsung taknak jumpa buat selama lamanya.

" esok kau dah boleh datang untuk bekerja. Ingat jangan datang lambat aku tak suka " kata jaemin dan duduk semula ke kerusi. Jaen hanya mengangguk dan terus keluar. Jaemin mengeluh kecil..

" aku akan dapatkan kau semula Wong Jaen " kata jaemin..

____________________

Sorry part kali ni pendek je idea kelaut pulak hehe😭😂Jangan lupa vote and tunggu chapter seterusnya!!! Apa akan jadi? Bubyee🤗

Jika ada kesalahan ejaan sila maafkan ya heheh!


KEEP VOTE

SECOND CHANCE || Na Jaemin√Where stories live. Discover now