PROLOG

293 16 0
                                    

"PEMBUNUH!"

Kedengaran pekikan seorang budak perempuan yang berusia 10 tahun itu dari sebuah bilik, disebuah rumah banglo yang tersergam megah ditengah-tengah pelusuk daerah. Kegelapan malam yang sunyi, menambahkan lagi suasana sepi. Sungguh terauma seorang budak itu yang baru lepas kehilangan insan tercinta. Hampir separuh dari hidupnya menjadi gelap. "Suram" perkataan itu lebih tepat. Budak perempuan itu hanya memeluk lutut diatas katil. Nafasnya turun naik secara beritma tangannya digenggam kuat sehingga terketar-ketar manahan geram yang teramat sangat akibat kemarahan yang menguasai dirinya.

"Dasar pembunuh!"

Tangan budak perempuan itu ligat mengambil sekeping gambar dari bawah batalnya. Terdapat seorang perempuan dan lelaki dalam lingkungan 30-an dan seorang budak lelaki yang seusia dengannya di dalam gambar itu. Yang dulunya menjadi sebagian daripada keluarganya. Tetapi semuanya sudah berubah dalam sekelip mata.

"Semua Pembunuh!" Gambar itu mula dikoyak sehingga menjadi kepingan kecil dengan rakus.

"Diorang kejam! Diorang jahat! Dorang dah bunuh mama dengan papa"
Dengan perasaan geram yang menguasai diri, kepingan gambar yang dikoyak itu direnyuk dan dilempar mengenai dinding, satu persatu. Air matanya bertakung memenuhi kelopak mata. Dia mengetap bibir menahan geram dan mengenggam tangannya membentuk penumbuk.

"Isya benci keturunan pembunuh tu," Tap! Tap! Tap! air mata mula gugur membasahi pipi, kedengaran bunyi esakan tangisan budak merepuan itu memenuhi ruang antara bilik itu. Badannya terhinjut-hinjut kerana menahan tangisan itu.

"Benci! Benci! Benci!" Tanganya yang digenggam kuat itu menumbuk-numbuk permukaan katil sehingga selimut dan cadar katil itu berselerakkan. Dibaling bantal-bantal yang berada diatas katil itu sehingga jatuh berteraburan diatas lantai.

"Adik! Sudah la tu. Tak baik buat macam ni. Mama dengan papa pun dah tak ada lagi" Seorang budak lelaki yang berusia 12 tahun berlari ke arah adiknya, Isya lalu dipeluk erat adiknya untuk menghentikan perbuatan adiknya. Sambil teresak-esak, air mata mulai gugur memabasahi pipinya.

"Kenapa semua ni jadi dekat kita, Abang..."

"Sudah lah tu adik dah ni nasib kita" Asy membawa adiknya duduk dibirai katil dengan menarik lengan adiknya, mengelap air matanya di pipi adiknya.

"Kenapa mereka jahat dengan kita" Air mata budak perempuan itu meluncur turun dengan laju sehingga membasahi bajunya. Didalam pelukan Abangnya, badannya terhinjut-hinjut kerana menahan rasa sedih dan perit di dalam dirinya. Air matanya mula gugur lagi tanpa penghujungnya, menitis dan jatuh membasahi baju abangnya.

"Diorang tak salah, Isya. Bukan salah diorang" Asy mengosok belakang adiknya kerana ingin menenangkan adiknya.

"Diorang bunuh mama dengan papa kita tak kan abang nak berdiam diri je"
mata Isya dipejam dan pelukannya dikuatkan. Lalu Asy mengosok kepala adiknya dengan perlahan-lahan.

"Shutttt..."
Dengan nada yang lembut Asy memujuk adiknya. Isya berterusan menangis lagi, dilap air mata itu dengan tanganya. Kesuraman bilik itu ditambah dengan tangisan kedua-dua budak kecil itu.

...................................

Siapa Dia Sebenarnya?  (COMPLETE) ✔️Where stories live. Discover now