Aku Tomboy & Dia Sutung
BY : TESCY DESCY
Base On True StoryPart 7
Hai semua. Sorry lambat sia sambung cerita. Minta maaf ya. Apa-apa pun, selamat hari raya buat yang sambut hari raya. Kotobian tadau kaamatan, pada warga Sabah semua. Selamat hari gawai, pada warga sarawak.
Sia kana sumpah si kitut bah yang hari tu🤣. Sia main-main saja cakap kana jipit jari sia di pintu almari piring bah. Sekali tu, buli-buli si kitut buat laporan sampai sana fb dia sama di group fb 😭😭. Tu anak jahat oh 😭. Napa ni kawan sia ni jahat😭.
Lapas tu kan, bisuk dia. Butul-butul bah jari sia kana jipit pintu😭. Sia pikir putus sudah jari sia oh. Sia kasi tahu si kitut kan, dia tidak sudah pacaya😭. Si kitut cakap nogi “KOTOH”. Sia kasi tingu si kitut jari sia kan, tidak dia mahu pacaya😩. Okey lah, sia sambung lah cerita sia aar. Si kitut balik-balik tagi sia bah.
Habis saja sem sia tu, sia tidak juga terus balik Sabah. Sia jalan-jalan lagi pigi Singapo sama sumandak abang tua sia. Selama sia jalan sama sumandak abang sia. Sia tidak rasa happy. Macam bosan sia mahu ba’jalan sama team sumandak abang sia.
Malam last day kami di Singapo, sia kana bawa jalan pigi 1 tampat. Sia lupa sudah tu tampat di mana, tapi tampat moginum (tampat orang minum bikin mabuk lah bah tu).
Tu tampat kan, ramai orang Sabah. Masa di sini kan, baru sia nampak parangai sebenar sumandak abang sia. Sia ni tidak pandai minum. Biarpun sia tomboy, sia tiada lisin dari keluarga sia, yang sia ni buli moginum.
Jadi, masa ni sumandak abang sia sama kawan-kawan dia minum. Sia diam-diam saja. Sia tingu saja ni sumandak abang sia, mabuk sudah dia. Lapas tu, pandai pigi paluk-paluk sama pigi ramas-ramas lelaki yang duduk di balakang kami.
Sia marah ni sumandak abang sia. Bah, tiba-tiba mabuk pandai bantaton pula. Tapi kan, sia kana teriak sama ni sumandak abang sia. Sia kana tampar lagi. Kawan-kawan tu sumandak abang sia kan, durang katawa lagi sia kana buat macam tu.
Punya sia maradang. Sia terus jalan saja kasi tinggal durang sana tampat minum. Sia ada gambar lagi gaya tu sumandak abang sia. Ada lagi sia rakam tu gaya bantaton. Sia tidak mahu tu perempuan jadi ipar sia. Jadi sia mahu kasi tingu abang sia tu gambar.
Sia sampai saja dapan Hotel yang tampat kami stay tu. Masa sia mau tulak tu pintu kaca mahu masuk di dalam. Ada 1 lelaki juga sedang tulak tu pintu pigi luar. Sia tidak nampak tu orang di dalam.
Pongg..
To’duduk saja sia di lantai oh. Punya kuat tu pintu malakat di dahi sia. Sia pikir picah sudah kapala sia ohh.. Punya karas tu pintu. Tahan-tahan saja sia mahu kasi keluar air mata duyung sia 🤣🤣.
“Sorry.. Sorry..” - Bilang tu lelaki yang pigi kasi langgar kapala sia sama tu pintu. Sia tingu tu lelaki.
“Kau taru mana mata kau ohh!! Kalau tidak mahu pakai tu mata, buang pigi Johor!! Kalau picah kapala saya, kau ada bikin ganti kah!!”
Sia butul-butul maradang. Sudah maradang sedia kan, kana kasi tambah lagi marah sia. Punya sakit kapala sia tu. Tu lelaki diam-diam saja tunduk tingu sia. Odoiii.. Dia ta’kajut kali sia barani teriak dia.
Sia tingu saja tu lelaki. Dia pakai tupi hitam, ada cermin mata. Emmm.. rabun macam si kitut. Dia pakai baju langan panjang, seluar pindik sampai lutut, baru dia pakai Selipar jipun.
“Sana kau!!”
Sia suruh tu lelaki pindah. Tapi kan, tu lelaki mahu kasi bediri sia. Tapi, punya sakit kapala sia. Tiba-tiba sia rasa hidung sia macam ada keluar something.
YOU ARE READING
Aku Tomboy & Dia Sutung (Completed)
RomanceBase on true story Saja mahu share cerita sinta2 munyit surang dulu2. Saya seorang gadis yang berperwatakan tomboy. Biarpun saya seorang tomboy, saya tetap mempunyai perasaan pada lelaki. Tapi, ada kah yang mahu perempuan macam saya? 100% Sabahan sl...