2;Ni(二)

353 55 12
                                    

🌜10 malam🌛

"Akhirnya kau datang juga"

Perli Hongjoong apabila dia terlihat Seonghwa datang kearah tempat dimana mereka berada

"Kan aku pernah kata kalau korang pergi aku pergi"

Terang Seonghwa bukannya dia takut pergi seorang diri cuma dia perlukan teman kalau dia rasa mahu hilangkan stress sahaja dia pergi sorang

"Kau jangan ingat aku tak tahu yang dua hari yang lalu kau pergi sorang-sorangkan?"

Terkejut Seonghwa mendengar soalan Hongjoong bagaimana kawannya tahu?

"Yang tu aku nak hilangkan stress je"

Terang Seonghwa sambil menghirup sedikit air bergas untuk menghilangkan rasa tekak yang sudah pahit

"Yelah tu,cuba kau tengok dekat bar tu?"

Tunjuk Yunho kearah seorang pekerja wanita sedang menghidang air pada orang

Seonghwa memandang kearah yang dikatakan Yunho itu tiba-tiba mata mula berubah tajam melihat wanita itu

"Aku macam pernah nampak dia"

Kata Seonghwa mengingati kembali dimana dia pernah melihat wanita itu

Dan kawan-kawannya ingin tahu bagaimana Seonghwa ternampak gadis itu?

"Asal korang pandang aku macam tu?"

Seonghwa yang takut melihat kawan-kawannya memandang seperti ingin membunuhnya

"Kita orang nak tahu jugak macam mana kau nampak dia?"

Kata Yeosang tidak sabar ingin mendengarnya

"Macam ni...aku tengah syok minum air lepastu aku nampak dia lari ke arah bas"

Cerita Seonghwa rancak walaupun kawannya memandang sesama sendiri

"Itu je ke?"

Soal Yeosang ingin tahu lagi mungkin

"Kejap"

Kawan-kawannya sedang menanti sambungan tersebut

"Itu je kot"

Ucap Seonghwa membuatkan kawannya menyampah dengannya

"Kau pergi lah tegur dia mana tahu tersangkut"

Kata San mencabar Seonghwa walaupun dia tahu yang Seonghwa jenis yang suka dicabar

"Kau cabar aku ke San?"

Seonghwa tersenyum sinis dan bangun untuk pergi ke kaunter bar

Rakan-rakannya hanya melihat belakang badan Seonghwa yang sedang berjalan ke arah pelayan wanita di kaunter bar

"Hello girl"

Ucap Seonghwa menggoda dengan menyandar pada kaunter bar

Lalu wanita itu memandang Seonghwa dengan senyuman manis

"Encik nak minum air apa?"

Itu bukan apa yang Seonghwa nak...dia mahu membuatkan wanita itu tergugat dan jatuh pada tangannya

Tapi ini lain daripada yang lain selalunya di kelab pasti perempuan akan tergoda dengannya

Ada juga spesis wanita yang seperti ini

"I taknak tapi I nak you"

Kata Seonghwa menunjukkan sisi untuk menggoda seorang wanita

"Sorry...saya bukan untuk dibeli...sekian terima kasih"

Kata wanita itu malas mahu mendengar ayat manis dari mulut lelaki

"Alright...kalau macam tu miss--"

Seonghwa melihat nametag pada pakaian wanita itu lalu dia tersenyum sinis

"Miss Song Ji hyo"

Panggil Seonghwa menggoda dengan menjilat bibir melihat Song Ji hyo dari atas hingga bawah

"Encik ni nak apa sebenarnya?"

Ji hyo yang geram dengan perilaku Seonghwa tapi percakapannya masih lembut dengan seorang pelanggan

"I nak you kan I kata tadi"

Balas Seonghwa menjulingkan biji mata keatas

"Kan saya dah kata yang saya ni tak boleh dijual...encik ni pekak ke?"

Ji hyo tidak tahan di perilaku oleh Seonghwa seperti murahan di matanya

"Takkan you taknak layan I kot?"

Kata Seonghwa mengusik wanita dengan taktik selama dia buat pada wanita lain

"Awak ingat saya ni yeoja murahan?Sorry...saya tak termakan langsung dengan godaan murahan encik ni"

Jawab Ji hyo selamba sambil mengelap cawan yang kotor tanpa memandang muka Seonghwa

Seonghwa yang tidak puas hati dengan layanan gadis itu terus beredar kearah tempat asal

"Macam mana dapat tak pikat dia?"

Kata San ingin tahu perkembangan Seonghwa menggoda wanita cantik itu

"Dia tu tak macam yeoja lain tapi mulut dia suka menjawab"

Kata Seonghwa bagaimana Song Ji hyo berkata padanya

"Esok aku nak cuba lagi"

Kata Seonghwa yakin dalam masa yang sama dalam diam salah seorang tidak suka apa yang dilakukan oleh Seonghwa

To be continued 💜

©Feelings✔Where stories live. Discover now