Seonghwa pov~
Aku ke sini ke sana membuatkan para doktor dan jururawat memandang aku
Sekarang ni aku gelisah sekarang kalau dia tumbuk aku ni macam mana lah agaknya
Dushhh!!!
"Kau memang tak guna Seonghwa"
Tegurnya sambil menumbuk pipi aku kuat walaupun sakit aku tetap kuat
Memang patutlah kena nasib aku sebab langgar yeojachin dia
"Aku memang betul-betul tak sengaja langgar dia"
Balas aku berani sambil menahan kesakitan di pipi aku
"Ke kau mabuk?"
Soalnya sinis...apa yang dia soal tidak betul sama sekali
"Aku cuma mengantuk jadi aku tak sengaja langgar dia"
Aku tahu ramai memandang kearah kami tapi aku tidak mahu keadaan jadi lebih teruk lebih baik aku bercakap dengan gaya aku sendiri
Seonghwa pov end~
"Dahlah Wooyoung...ramai pandang ni"
Kata Yeosang sambil menyuruh Wooyoung berhenti memaki hamun di tempat orang ramai
"Kau bawa bersabar biar aku cakap dengan Seonghwa sendiri"
Yeosang mengambil alih tempat Wooyoung...hanya Yeosang sahaja dapat menyelesaikan masalah
"Kau memang betul-betul tak sengaja ke?"
Kata Yeosang lembut terhadap Seonghwa...dia tahu perasaan Seonghwa macam mana
"Aku memang betul-betul tak sengaja"
Seonghwa rimas dan geram terus menarik rambutnya mungkin dia menyalahkan dirinya sendiri
Setelah dia sudah melepaskan geram ada satu doktor menegurnya
"Siapa keluarga...Cik Ji hyo?"
Panggil doktor yeoja tersebut
"Saya keluarga dia"
Kata Wooyoung dengan muka yang cemas
"Keadaan dia stabil...tidak terlalu serius cuma kepalanya luka dan dia perlukan rehat mungkin sebab dia terlalu penat"
"Dan saya dah tempatkan dia di wad biasa"
Terang doktor wanita itu dengan senyuman yang ceria
Wooyoung yang mendengar terus menghembus nafas lega kalau teruk memang dia akan belasah Seonghwa cukup-cukup
Seonghwa dari jauh sudah tersenyum dan berasa lega sedikit mendengar yang Ji hyo masih okey
"Nasib kau baik Seonghwa...kalau hari lain memang nahas kau,aku kerjakan"
Bisik Wooyoung memberi arahan pada Seonghwa tanpa orang lain sedar
Seonghwa hanya membuat riak biasa walaupun dia tidak takut dengan arahan Wooyoung
"Kau ni pun satu lain kali jangan memandu waktu malam"
Tegas Yeosang berkata,dia memandu tak adalah sampai nak langgar orang
"Aku rasa baik kau jumpa Ji hyo minta maaf apa yang kau buat pada dia"
Sambung Yeosang lagi
"Nantilah aku minta maaf dekat dia...sekarang ni kan Wooyoung marah pada aku"
Kata Seonghwa memandang wad pesakit yang diduduki Ji hyo sekarang
☁☁☁☁☁☁☁
"Kau okey tak...apa yang jantan tak guna tu buat pada kau lagi?"
Kata Wooyoung sakit dan dalam perkataannya menggunakan perkataan yang agak kasar
"Maksud awak...siapa?"
Jihyo agak bingung sedikit apa yang dimaksudkan oleh Wooyoung
"Kau memang tak ingat ke apa?"
Marah Wooyoung kepada Ji hyo yang pura-pura tak ingat kejadian waktu 1 pagi
"Ingat tapi saya tak tahu pun siapa yang langgar saya"
Balas Ji hyo membuatkan Wooyoung mengeluh kasar
"Mamat tak guna tu lah"
"Ouh...Seonghwa tu ke?"
"Nae...mamat tak guna tu lah"
Sungguh marah Wooyoung pada Ji hyo
"Kenapa awak marah sangat pada dia?"
Ji hyo naik hairan kenapa perlu marah sedangkan Seonghwa tu hanya mahu berkawan dengannya
"Sejak mamat tu rapat dengan kau"
Balas Wooyoung...sekarang ni dia sudah mula tunjuk sisi cemburu
Perlu ke dia nyorok cemburu dia pada Ji hyo?
Lama kelamaan Ji hyo akan tahu yang dia seorang yang cemburu
Ji hyo tergelak comel melihat kecemburuan Wooyoung yang menjadi-jadi
"Kenapa kau gelak?Sekarang ni aku buat lawak ke?"
Soal Wooyoung dingin padahal dia ingin menutup senyumannya itu
"Awak ni dah-dahlah merajuk...asyik saya yang pujuk awak tapi awak tak pernah pun pujuk saya time saya merajuk dengan awak"
Kata Ji hyo sambil memegang tapak tangan Wooyoung erat dan memandang Wooyoung dengan senyuman yang manis
Tanpa mereka sedar disebalik pintu wad ada orang sedang memerhati
Dengan muka yang agak cemberut dan panas lalu dia melangkah pergi dari hospital tersebut
To be continued 💜
YOU ARE READING
©Feelings✔
AcakBila berjumpa je mesti nak cari gaduh tapi perasaan mereka hanya Tuhan yang tahu "You yang mulakan dulu cari gaduh dengan I" - ραяк ѕєσηg нωα "Jangan tuduh,awak yang mulakan dulu" - ѕσηg ʝι нуσ Kalau nak tahu lebih lanjut lagi kenalah baca dahulu�...