"Song Ji hyo..."
"Ya...Puan Park...ada apa panggil saya?"
Soal Ji hyo sambil memandang Puan Park dengan menanti sabar kerja apa yang Puan Park ingin berikan
"Tolong tengokkan Seonghwa sekejap...tadi saya pergi bilik dia...badan dia lemah sangat...nah ni bubur untuk dia...kamu tolong bagi pada dia...ehh"
Ujar Puan Park risau akan anaknya dan dalam masa yang sama dia ada peluang untuk merapatkan hubungan anaknya dan Song Ji hyo
"Tapi Puan...kerja saya macam mana pula?"
Niat Song Ji hyo tidak mahu ke bilik Seonghwa sebab dia berasa malu untuk bersama
"Kerja kamu tu ahjummah Kim dengan saya boleh uruskan...kamu just tolong jaga Seonghwa sahaja"
Terang Puan Park tidak mahu mengalah...dia tetap dengan pendiriannya
Song Ji hyo hanya akurkan sahaja...kalau dia tolak mesti dia kena buang kerja
"Ouh...ye lagi satu...kamu jangan fikir yang gaji kamu,saya kurangkan...gaji kamu tetap sama"
Sambung Puan Park dengan senyuman manisnya
Song Ji hyo berasa lega mendengarnya lalu dia mengambil dulang yang sudah sedia untuk membawa ke bilik Tuan Muda
Setelah dia sampai dihadapan bilik Seonghwa dia mengambil nafas sedalam yang boleh dan menghembus secara lembut lalu dia memberi semangat pada dirinya
"Tuan Muda saya bawakan bubur untuk Tuan"
Kata Song Ji hyo perlahan dan dia dapat melihat sekujur tubuh di atas katil dengan keadaan agak lemah
Song Ji hyo berasa kasihan pada Seonghwa yang sedang baring itu lalu dia mengambil tempat di sebelah Seonghwa
Song Ji hyo meneliti sekitar muka Seonghwa dengan pandang yang sukar ditafsir
"Mesti Tuan penat sebab tulah demam"
Ji hyo meletak tapak tangannya di atas dahi Seonghwa supaya dia dapat merasa suhu Seonghwa
"Panas...biar saya ambilkan tuala basah untuk awak"
Ji hyo ingin bergerak keluar tapi ada satu tangan menghalangnya untuk pergi
"Jangan pergi"
Seonghwa bersuara dengan agak lemah sambil matanya tertutup
"Saya pergi turun sekejap...nanti saya naik balik"
Ji hyo menepis lembut tangan Seonghwa dengan berhati-hati baginya mungkin Seonghwa terjaga dari lenanya
☁☁☁☁☁☁☁
"Kenapalah awak tak pergi klinik je?"
Soal Ji hyo meletakkan tuala basah diatas dahi Seonghwa
"Biasalah Ji hyo...dia daripada kecil lagi memang tak suka pergi klinik"
Sampuk Puan Park telah membuatkan Ji hyo terkejut
"Maaflah...saya masuk macam tu je"
Kata Puan Park telah mengejutkan Ji hyo
Lalu dia mengambil tempat disebelah sambil berdiri
"It's okey lah Puan"
Jawab Ji hyo ingin bangun dari tempat duduknya
"Puan saya nak tukar air sebentar"
Izin Ji hyo sopan sambil membawa bekas berisi air kedapur
Setelah Ji hyo pergi...Puan Park memandang sedih melihat Seonghwa sakit
Ibu mana yang tidak sedih melihat anaknya sakit...setiap ibu dalam dunia pasti sedih melihat anaknya sakit
"Seonghwa-yah,eomma tahu kalau kamu demam mesti manja mungkin kalini biar Ji hyo yang jaga kamu pula time kamu sakit"
Kata Puan Park sambil mengelus rambut Seonghwa lembut
"Puan...saya dah bawa air yang baru...Puan nak ke?"
Soal Ji hyo...mana tahu Puan Park ingin menjaga Seonghwa
"Takpalah Ji hyo...kamu je yang jaga dia sebab saya nak keluar dengan kawan saya"
Ujar Puan Park memberi alasan untuk melarikan diri
"Baiklah"
To be continued 💜
YOU ARE READING
©Feelings✔
RandomBila berjumpa je mesti nak cari gaduh tapi perasaan mereka hanya Tuhan yang tahu "You yang mulakan dulu cari gaduh dengan I" - ραяк ѕєσηg нωα "Jangan tuduh,awak yang mulakan dulu" - ѕσηg ʝι нуσ Kalau nak tahu lebih lanjut lagi kenalah baca dahulu�...