4;Shi(四)

282 47 1
                                    

"Asal dengan muka kau tu?"

Tegur Yeosang apabila melihat muka Seonghwa terdapat kesan merah di pipi

"Semalam aku kacau anak dara orang"

Jawab Seonghwa selamba mendatangkan satu ketawa yang sangat kuat dari kawannya

"Asal kau gelak?"

Seonghwa memandang Yeosang dengan pandangan yang cukup tajam

"Tak adalah...aku pelik,kau ni kan lelaki yang sejati tapi kena lempang dengan yeoja"

Yeosang masih lagi menggetawakan Seonghwa sambil memegang perut

"Kelakar memang kelakar tapi kau tak tahu siapa yang lempang aku"

"Siapa yang lempang kau?"

Yeosang yang sudah berhenti ketawa mula duduk dihadapan Seonghwa ingin tahu siapa gadis yang melempang kawannya

"Perempuan yang korang suruh aku ngorat tu"

Flashback

"Kalau itu yang awak nak baiklah saya buat...tapi awak kena tutup mata dulu"

Seonghwa mendekatkan pipi pada Song Ji hyo agar Ji hyo senang menciumnya

Tapi apa yang dia dapat bukan satu ciuman tapi satu tamparan yang hebat terkena pada pipinya

Pap...

"Kenapa you lempang I?"

Seonghwa macam tidak percaya apa yang diberi oleh gadis itu

"Awak tu yang gatal nak sangat cium kan...nah ambil lah duit ni"

Ji hyo malas melayan kerenah Seonghwa dengan pantas dia keluar dari perut kereta

Flashback end

"Hebat gila yeoja tu"

Yeosang bertepuk tangan mendengar cerita Seonghwa

"Tak payah nak bertepuk tangan sangat lah...malam ni aku nak pergi jumpa dia...kau nak ikut?"

Ajak Seonghwa kalau dia tak ajak karang nanti mesti tanya 'kenapa tak ajak?'

"Kau pergi lah jumpa dia...aku taknak masuk campur hal kau"

Yeosang menolak ajakan Seonghwa padahal dia ada niat dia sendiri

"Selalunya kau on je kalau aku ajak tapi kenapa kau tolak pula?"

Seonghwa memandang pelik kearah Yeosang yang tiba-tiba menolak ajakannya

"Sebenarnya aku kena kahwin dengan pilihan eomma aku...sebab tu aku tolak"

Kata Yeosang niatnya tidak mahu beritahu perkara sebenar pada orang lain

Seonghwa terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh kawannya itu

"Serius lah...kau nak kahwin dah"

"Aku ni kan anak yang baik jadi aku taknak melawan cakap eomma aku"

Kata Yeosang sambil mengibas rambut menjadi seorang diva

"Anak baik konon...pergi mampus lah kau"

Seonghwa menyampah dengan perangai poyo Yeosang dan dia malas mahu layan jadi dia menyambung membuat kerja

"Kau dah bagitahu dia orang ke yang kau nak kahwin?"

Seonghwa tertanya-tanya juga adakah Yeosang sudah beritahu kawan yang lain?

Apa yang Seonghwa dapat adalah gelengan dari Yeosang

"Aku ingat nak buat surprise untuk diaorang"

Terang Yeosang ingin melihat reaksi muka kawan yang lain

Seonghwa hanya meng'ouh'kan sahaja

"Kau jangan bagitahu diaorang pula...nanti tak surprise lah"

Tambah Yeosang lagi untuk mengingati Seonghwa tidak beritahu member yang lain

"Ye aku tahu tu...jangan kacau aku buat kerja lah...pergi main jauh"

Seonghwa menghalau Yeosang keluar dari bilik kuliah

☁☁☁☁☁☁☁

Seonghwa pov~

Asal lah aku macam tak ada nak buat apa

Aku kadang-kadang tertanya juga pada diri sendiri

Kenapa lah aku tak minta nombor telefon dia...boleh lah aku kacau dia ke apa tapi tulah Tuhan sepertinya tidak mengizinkannya

Aku kena bersabar layan gadis kasar macam dia

Aku terfikir gak...dia marah pun nampak comel je

Ishh...otak aku ni tak betul dah

Cukup lah fikir tentang dia...tapi otak aku ni taknak berhenti

Dalam masa yang sama hati aku rasa macam tak sedap hati je

Bang~~

Kan betul hati aku tak sedap kalau nampak si lembaga sorang ni

"Baby,I bosan ni jom lah kita keluar?"

Ini yang aku malas nak layan minah sorang ni

"You pergi je lah sorang-sorang...I busy ni"

Tipu aku padahal aku malas nak keluar dengan minah ni ada sebab kenapa aku taknak keluar dengan dia

Yang pertama of course lah sebab duit

Mentang-mentang lah aku ni kaya sedap dia je nak pakai duit orang...dia fikir dia siapa?

Yang terakhir paling aku menyampah adalah suka berkepit dengan aku buat aku rimas

Aku tahu aku ni jenis suka pakai buang je walaupun aku ni dah buang dia tapi dia masih lagi nak berkepit dengan aku bersebab

"You memang tak sayang I ke?"

Saja lah tu buat suara manja...dia ni bukan nak ingat dunia kalau dah keluar takkan balik punya

"You tak nampak ke yang I tengah busy sekarang kalau you nak keluar pergi lah dengan orang lain"

Dah mula dah dia buat muka cemberut dia tu...ini lah aku tak suka

"Kalau macam tu I bagi you duit keluar lah dengan kawan you"

Terus tersenyum lebar bila dengar perkataan duit

Aku malas nak layan jadi aku keluar kan satu kad beri pada si minah ni

"Wah!!!Thank You,sayang"

Ucap dia dengan satu flying kiss membuat aku geli satu badan

Seonghwa pov end~

To be Continued 💜

©Feelings✔Where stories live. Discover now