29;Ni jyu kyu(二十九)

178 25 0
                                    

"Song Ji hyo harini kau busy ke?"

Soal Jisoo ingin tahu

"Molla"

Jawab Ji hyo ringkas sambil mengangkat bahu

"Yaishh...cakap jelah kau busy ini tidak"

Geram sahaja Jisoo tengok Ji hyo yang asyik menghadap telefon sambil tersengih sorang-sorang

"Kau dah kenapa tersengih macam kerang busuk aku tengok"

Kata Jisoo ingin tahu apa yang Ji hyo tengah sengihkan sekarang ni

"Jisoo...saya nak tanya betul ke...orang yang suka kita betul-betul berubah disebabkan kita?"

Kata Ji hyo tidak pasti dengan Seonghwa sebenarnya tapi dia dapat lihat yang Seonghwa betul-betul sayang dan cintakannya

Jisoo memikir sambil menyedut sedikit air minumannya

"Aku rasa ya lah sebab cuba kau bayangkan orang yang ikhlas cintakan kita ni dulunya seorang yang playboy lepastu dia nampak je kita terus dia berusaha untuk berubah kepada lelaki yang sejati dan sayangkan kita"

Terang Jisoo panjang lebar dan Ji hyo fokus mendengarnya

"Aku tertanya-tanya siapa yang buat kawan aku ni senyum lebar sampai ke telinga?"

Soal Jisoo ingin tahu siapa punca Ji hyo asyik tersenyum

☁☁☁☁☁☁☁

"Seonghwa...kau taknak ke cuba buat sesuatu dekat dia?"

"Kau jangan main-main San...aku taknak buat semua tu lagi...karang aku buatkan nanti dia benci aku pulak...lepastu aku merana dan menyesal buat semua tu...aku taknak dia benci aku cukup lah dia dah cuba bukak hati untuk aku"

Panjang lebar Seonghwa berkata dan itu telah mendapatkan keluhan kasar dari San

"Kau fikir bukan-bukan...aku tak maksud lakukan benda tu...buatlah sesuatu yang boleh buat dia betul-betul sukakan kau...bukannya sampai ke situ lagi memang dia bencilah"

Kata San membuat muka menyampah dengan percakapan Seonghwa

"Kenapa tak cakap...malu aku"

Jawab Seonghwa dengan otaknya yang tidak betul

"Malu pala hotak kau...kita bukannya dekat luar pun...yang kau nak malu buat apa?Sedangkan kita ni ada dalam pejabat kau"

Balas San menyampah lagi sekali dengan Seonghwa yang tiba-tiba sahaja menggedik

Biasa lah tu orang yang hangat dalam lamunan cinta mana tak malu

"Tengoklah macam mana...aku nak buat sesuatu yang special untuk dia...biar dia tahu yang aku ikhlas cintakan dia"

Kata Seonghwa merancang sesuatu buat Song Ji hyo terpikat dengannya

"Buat romantik sikit sebab yeoja memang minat namja yang romantik"

Sampuk San memberi cadangan yang membuatkan Seonghwa berfikir lebih dalam

"Macam mana nak buat romantik?Yang aku tahu romantik dekat atas kat---"

Belum habis ayat Seonghwa...San sudah menjentik dahi Seonghwa

"Yah!!!Kenapa kau jentik aku?"

Marah Seonghwa tiba-tiba sahaja San menjentiknya

"Kaulah"

"Wae?"

"Kau fikir yang bukan-bukan...tak bermakna romantik atas katil gila...fikir selain romantik benda mengarut tu"

Kata San menyuruh Seonghwa menukar cadangan mengarut itu

"Aku macam tak idea untuk berfikirlah...apa kata kau rancangkan?"

Seonghwa tidak tahu idea apa yang romantik untuknya dan juga Song Ji hyo ...yang dia tahu romantik atas katil sahaja

"Kenapa aku pulak yang kena bagi cadangan untuk kau?Sedangkan kau yang nak bercinta"

Kata San menyampah kawannya itu mengada

"Kalau aku guna cara aku berkesan tak?"

San menepuk dahinya yang dia sudah menyesal dengan Seonghwa

"Suka hati kaulah...apa carannya?"

Seonghwa bermain angkat kening bersama senyuman yang terukir indah di bibirnya

To be continued 💜

Macam merapu tapi takpa lah😌

©Feelings✔Where stories live. Discover now