5;Go(五)

250 47 9
                                    

🌜🅼🅰🅻🅰🅼🌛

Waktu yang dijanjikan oleh sang jejaka yang bernama Park Seonghwa

"So bertemu kita pada hari ini"

Tegur Seong hwa menongkat dagu di atas meja bar sambil memandang gadis itu lama

Song Ji hyo memutarkan biji mata ke atas dan mengendahkan ayat Seong hwa

"You tak nak layan pelanggan you ke?"

Soal Seonghwa apabila Ji hyo buat tidak tahu yang dia berada di situ

"Kalau you taknak layan...I jumpa manager you yang you taknak layan I"

Ji hyo yang mendengarnya terus memandang kearah Seonghwa dengan mata yang tajam

Seonghwa yang tidak takut dengan pandangan tersebut hanya tersenyum sinis

"Awak nak suruh saya layan awak?...Boleh tapi awak tak payah nak tunjuk muka gatal awak dekat sini"

Marah Ji hyo tidak suka melibatkan managernya

Kalau dia tidak layan pasti dia akan buang kerja

Seonghwa yang mendengar terus tersenyum lebar

"You nak layan I dekat mana?"

Soal Seonghwa dengan muka yang gatal baru sahaja Ji hyo beritahu jangan buat muka gatal

"Dekat sini je...tak boleh ke encik?"

Jawab Ji hyo geram walaupun percakapannya masih lembut dengan seorang pelanggan

"Boleh tapi tak ada tempat tertutup sedikit ke untuk kita berdua"

Bisik Seonghwa dengan pandangan yang cukup menggoda

Ji hyo membuat muka menyampah

"Tak payah nak ngada sangat lah...dekat sini pun dah cukup baik"

Jawab Ji hyo berani dalam diam dia sudah mencarut terhadap Seonghwa

"I taknak orang lain kacau line kita dua"

☁☁☁☁☁☁☁

"Jom I hantar you balik?"

Seonghwa menawarkan diri untuk menghantar Ji hyo pulang

"Saya rasa awak tak patut hantar saya pulang harini"

Kata Ji hyo melihat jam di pergelangan tangannya

"Kenapa pula?"

Soal Seonghwa hairan,baru sahaja dia ingin hantar Ji hyo pulang

"Saya ada kerja sedikit disini...jadi awak je lah yang balik"

Kata Ji hyo tidak mahu menyusahkan Seonghwa

"Betul ni?"

Seonghwa mengulang lagi mana tahu Ji hyo menukar fikiran

"Betul...awak balik je"

Ucap Ji hyo tidak mahu membuang masa jadi dia menolak lembut badan Seonghwa

Seonghwa yang berasa pelik melihat kelakuan Ji hyo terus dia berada pergi

"Aku rasa dia nak balik tapi ada sesuatu yang tak kena pada dia"

Itulah firasat Seonghwa,dia akan ikut Ji hyo pergi ke mana sahaja

Dia hanya parking kereta tidak jauh dari kelab tersebut agar Ji hyo tidak tahu dia berada di situ

Dia menunggu dengan sabar,dalam beberapa minit dia nampak Ji hyo menunggu kehadiran seseorang di hadapan kelab

Tiba-tiba ada satu kereta berhenti betul-betul dihadapan Ji hyo

Lalu Ji hyo dengan segan masuk kedalam kereta tersebut

"Macam aku kenal je kereta tu...tapi kereta siapa?"

Dalam kepala Seonghwa bermacam-macam dia berfikir

Kadang-kadang di risau akan Ji hyo pulang dengan orang lain

Kenapa dia kena risau?Sedangkan dia hanya mahu bermain sahaja tapi sepertinya ada malaikat menyuruhnya menjaga dia

"Sepatutnya aku balik...bukan aku ambil tahu tentang dia tapi kenapa aku jadi lain?"

Kata Seonghwa sendirian seakan-akan dia tidak betul memikir seorang gadis yang dia baru kenal

☁☁☁☁☁☁☁

Jihyo pov~

Aku menunggu kehadiran seseorang dan aku sanggup menipu lelaki yang selalu kacau aku

Selama dia berborak dengan aku,aku tak pernah nak ambil tahu tentang nama dia pun

Sedang aku mengelamun tiba-tiba kereta Porsche berwarna hitam berhenti betul-betul di hadapan aku

"Masuk"

Dingin sahaja percakapannya takkan sebab hal semalam aku tak balik dengan dia

"Awak masih marahkan saya lagi ke?"

Aku tahu dia masih marahkan aku dengan reaksi dia macam tu pun aku dah tahu 

"Aku dah banyak kali kata jangan rapat dengan mamat tu...kau degil"

Aku mula rasa takut melihat muka bengis dia

"Takkan sebab tu awak nak marahkan saya?"

Soal aku berani walaupun aku tahu dia sedang marahkan aku

"Dah pandai kau kan sekarang?Siapa yang ajar kau melawan cakap aku?Mamat tak guna tu ke?"

Dia betul-betul marahkan aku padahal tiada siapa ajar aku untuk melawan

Mulut aku ni je yang cakap lepas

Sekarang ni aku tak tahan duduk dengan dia lagi...kalau boleh aku nak lari je dari dia tapi kalau aku lari pun tak ada guna sebab aku nak tinggal dengan siapa

Eomma aku dah lama meninggal...appa aku pula entah ke mana sejak dia jual aku pada lelaki ini

Aku patut bersyukur yang dia tak layan aku macam perempuan murah hanya sekadar pembantu dan masih bebaskan aku seperti orang lain

Ji hyo pov end~

To be continued 💜

©Feelings✔Where stories live. Discover now