Ji hyo pov~
Aku sedang mengelap meja di bahagian kaunter bar supaya boss tak marah pada aku
Tiba-tiba kawan sekerja aku tegur aku
"Ji hyo ni ada bunga...entah dari siapa pun aku tak tahu"
Katanya sambil menghulur sejambak bunga rose pada aku
Aku dengan senang hati mengambil bunga tersebut
Sambil-sambil itu aku membelek bunga itu dan dalam masa yang sama aku tertanya-tanya siapa yang bagi aku bunga ni?
Nak kata Wooyoung beri memang tak lah...aku tahu Wooyoung selalu beri aku satu kuntum bunga je
Sedang aku membelek bunga itu,ada satu kad terselit pada bunga tersebut
I Miss You❤
P.S.H
Baru aku sedar ada satu pasang mata memerhati aku dari jarak yang agak jauh dari kaunter bar
Aku dengan ragu-ragu memandang setiap sudut kelab dan bibir aku mengeluarkan keluhan yang agak kasar
Kenapa dia duduk di situ sambil tersenyum kearah aku?
Aku membuat muka berkerut dan aku syak yang bunga ni dia yang bagi tapi kenapa perlu bagi aku?
Tanpa aku membuang masa aku pergi kearah dia dengan membawa bunga sekali
Sampai sahaja dihadapan dia terus aku baling bunga itu
"Saya rasa awak tak perlu kot bagi bunga pada saya mungkin awak bagi bunga ni pada orang yang awak betul-betul cinta tapi bukan pada saya"
Kata aku geram dengan perangai dia,dia siap senyum lagi sedangkan aku ni tengah marah pada dia
Ji hyo pov end~
"Ouh...you silap ni I bagi bunga ni pada kawan you,bukan you"
Seonghwa saja menukar topik,dia tahu yang Song Ji hyo akan berkata begitu dan memarahinya
"Kalau kawan awak,kenapa perlu bagi saya?"
"Mungkin kawan you ni tak faham kot apa yang I katakan"
Seonghwa masih lagi ingin menegakkan keadilan pada diri sedangkan bunga itu dia yang beri pada Ji hyo
"Yelah tu"
Ji hyo malas nak ambil tahu jadi dia ingin beredar pergi tetapi ada satu tangan menahan tangannya dari pergi
"Ada apa-apa lagi ke awak nak?"
Soal Ji hyo cemas melihat pandangan Seonghwa yang cukup mendebarkan dan menunggu apa yang Seonghwa ingin luahkan
"I tak tahu dengan perasaan I sekarang sama ada I suka ataupun benci"
Kata Seonghwa sudah mula membuka bicara secara terang-terangan
"Jadi?"
"Memang selama ni I suka mainkan perempuan tapi I nak goda you and I berusaha goda you...you tak termakan langsung...apabila I dekat dengan you I rasa hati asyik berdegup laju and bila I nampak you dengan Wooyoung rapat,hati I sakit sangat macam pisau menikam hati I dan I bencikan perasaan tu"
Ucap Seonghwa panjang lebar riaknya seperti berharap yang Ji hyo faham apa perasaannya sekarang
Ji hyo terdiam mendengar luahan hati Seonghwa
Dia tahu yang dia sudah mainkan perasaan dua orang lelaki
"Saya tak tahu dengan perasaan saya sekarang ni...saya buntu"
"Dan saya harap..."
Ji hyo tidak pasti ingin melafazkan pada Seonghwa,dia tahu yang dia akan mengecewakan Seonghwa
Seonghwa hanya menunggu jawapan Ji hyo
"Saya harap awak benci pada saya"
Itu bukan apa yang Seonghwa harapkan
Apa yang dia harapkan adalah Song Ji hyo membalas cintanya tapi disebaliknya
"Kenapa I harus benci you?"
Seonghwa tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Ji hyo
"Sebab saya dengan Wooyoung sekarang...dan saya tak ada perasaan terhadap awak jadi awak kena faham"
Jawab Ji hyo berani dan ingin melangkah pergi tapi ada satu pesanan yang Ji hyo tidak puas hati dari mulut Seonghwa
"I tahu yang you tak bahagia dengan Wooyoung sebab you juga tak ada perasaan pada dia,right?"
"Macam mana awak tahu yang saya tak ada perasaan pada Wooyoung?"
Song Ji hyo jadi bengang apabila melibatkan perasaan tapi memang betul kata Seonghwa
Yang dia juga tiada perasaan pada Wooyoung
"Sebab I nampak sangat yang muka you tu macam dipaksa untuk mencintai dia"
Ji hyo terdiam sekali lagi,nampak sangat ke muka macam dipaksa?
"Lebih baik you pergi terus terang pada dia daripada you diam sebab Wooyoung akan benci orang yang telah mengecewakannya"
Terang Seonghwa bagaimana dia tahu sebab Wooyoung kan kawan dia jadi dia tahu apa yang kawannya itu lakukan
"Saya dah mula cintakan dia"
To be continued 💜
YOU ARE READING
©Feelings✔
RandomBila berjumpa je mesti nak cari gaduh tapi perasaan mereka hanya Tuhan yang tahu "You yang mulakan dulu cari gaduh dengan I" - ραяк ѕєσηg нωα "Jangan tuduh,awak yang mulakan dulu" - ѕσηg ʝι нуσ Kalau nak tahu lebih lanjut lagi kenalah baca dahulu�...