It's my day.
Lagi 2 jam aku dah nak jadi isteri orang. Lagi 2 jam aku bakal menamatkan zaman single aku. Lagi 2 jam, syurga aku bakal bertukar.
Tok....tok....tok...
Pintu aku dibuka. Tersembul wajah seorang insan yang aku cintai.
"Anak mama dah siap? Sekejap lagi tok kadi dah nak sampai." Ujar mamaku.
Aku memandangnya dengan wajah sayu. Aku tak sanggup nak berjauhan dengan mama. Dari dulu, aku selalu rapat dengan mama. Mamalah kawan aku. Mamalah musuh aku. Mamalah tempat aku mengadu.
"Maaaa... Lia taknak ma." Akhirnya air mata aku gugur. Segera aku menyekanya. Nanti rosakkk mekap mahal aku ni. Uhuk uhuk.
"Lia... Dengar sini mama pesan. Bila Lia dah jadi isteri orang nanti, jaga batas Lia dengan orang lain. Jaga makan minum suami. Maruah suami kamu lagi penting. Jangan jadi isteri yang derhaka. Jalankan tanggungjawab kamu sebagai seorang isteri." Kata Mama sambil memelukku erat.
Pelukan mama aku eratkan lagi. Aku akan merindui pelukan ini.
Tiba tiba pintu diketuk lagi sekali.
"Lia,jom turun bawah. Tok kadi dah sampai. Pengantin lelaki pun dah ada. Anak papa dah sedia?." Tanya papa.
Tak mungkin secepat ini. Aku tidak rela sebenarnya. Aku tak sanggup nak berjauhan dengan mama dan papa aku.
Aku hanya tersenyum kelat. Berusaha aku menyembunyikan rasa sedih itu.
———————————
"Aku terima nikahnya Nur Alia binti Faisal dengan mas kahwinnya RM1234.56 tunai." Sekali nafas aku mendengarnya. Kini syurgaku sudah bertukar.Air mata kesedihan bercampur kegembiraan gugur. Segera aku menyekanya.
"Selamat datang ke keluarga umi sayang." Mak mertuaku memelukku erat. Selepas itu, mama pula memelukku.
Kini, Cikgu Haikal berada didepanku untuk acara pembatalan air sembahyang.
"Sejuk." Satu perkataan keluar dari mulutnya dengan perlahan.
Aku hanya tersenyum. Tidak mampu untuk melawan. Mungkin aku terlalu terkejut dengan keadaan ku sekarang ni.
Cincin disarung ke jari manisku. Tangannya aku sambut. Selepas itu, dahi aku terasa seperti dicium lembut.
Mula mula aku rasa geli. Tapi aku tak berdaya untuk melawan.
"Aaaaa boleh tak kalau pengantin lelaki cium dahi pengantin perempuan lama sikit. Saya nak ambil gambar." Pinta photographer yang diupah oleh mama itu.
Sekali lagi dahi aku dikucup lembut. Tiba tiba aku rasa seperti aku berada dalam situasi yang selamat.
"Ok dah. Kamu berdua nampak sepadan. Tahniah ye." Ucap photographer itu.
Aku dan cikgu membalasnya dengan senyuman.
———————————
Selepas 3 jam,akhirnya majlis berakhir. Penat. Walaupun buat kecil kecilan sahaja.Sedar sedar jam menunjukkan pukul 11 malam. Aku ngantuk 😭
"Mama,umi, Lia naik atas dulu ya. Lia mengantuk la." Pinta aku dengan sopan. Depan mak mertua kena sopan. Uhuk uhuk.
YOU ARE READING
Hey, I love you
RomanceKahwin? Satu perkataan yang tak pernah terlintas dalam pemikiran seorang pelajar 16 tahun. Lagi lagi dengan cikgu sendiri. NIGHTMARE!!! Nur Alia seorang budak berumur 16 tahun. Dia juga amat anti dengan lelaki. Mungkin kisah silam masih menyelubun...