🦋 SATU 🦋

150 6 3
                                    

"Ma, Lia tak nak kahwin dengan dia ma. Dia cikgu Lia kottt. Takkan Lia nak kahwin dengan cikgu sendiri? Nonsense gila." Aku membantah sekeras kerasnya.

Kahwin dengan cikgu sendiri? Memang tak ah. Aku masih nakkan kebebasan. Aku nak puaskan hidup aku dulu. Aku baru 16 tahun kot. Takkan aku nak kahwin.

"Please Lia. Kalau Lia sayang mama and papa, ikut cakap kami." Rayu mamaku sambil tangannya menggenggam erat kedua dua tanganku.

Air mata permaisuriku itu jatuh. Aku tidak sanggup melihat. Dia menangis disebabkan kedegilanku.

"Ok, Lia terima. Tapi dengan syarat, dia tak boleh nak halang impian and cita cita Lia. Bila tarikh?" Akhirnya aku terpaksa bersetuju. Aku tidak sanggup untuk menjadi anak derhaka.

"Alhamdulillah. Kalau macam tu minggu depan akad nikah Lia. Lagipun minggu depan dah start cutikan?" Balas mama dengan keterujaannya.

Kalau itu yang boleh membuatkan mama dan papa aku tersenyum, aku akur.

"Ya ma. Oklah ma pa. Lia naik atas dulu. Lia nak tidur. Goodnight ma. Goodnight pa." Pamitku.

Aku melangkah menaiki tangga dengan bermacam macam perasaan. Perasaanku bercampur. Kadang kadang aku berasa sedih. Kadang kandang menyesal. Dan banyak lagi ah kadang kadang aku tu.

Pintu bilikku di buka. Katil ku tuju. Pening dengan masalah yang dihadapinya. Betulkah keputusan aku? Dapatkah aku menjadi isteri yang sempurna? Bolehkah aku mejalankan tanggungjawab aku? Arghhh serabut.

iPhone 11 Pro Max aku dicapai. Daripada aku fikir benda ni, baik aku main pubg. Hilang stress aku nanti.

          Sedar tak sedar jam menunjukkan pukul 3 pagi. And yes aku masih menghadap pubg. Selagi aku tak dapat 5 kali chicken dinner, aku tak nak tidur. Aku stress. Bila aku stress aku akan lepaskan pada game. Mujurlah aku 'cuti', jadi boleh bangun lambat.

Selepas 1 jam, akhirnya aku dapat chicken dinner aku yang terakhir. Fuhhh penat gak main game ni. Nasib baik aku cuti tu so tak payah bangun subuh. And nasib baik jugak esok hari sabtu. Yeay cuti. Tapi otak aku tak cuti. Cikgu aku bagi homework macam kitaorang cuti sebulan. Apalah nasib budak pure science ni. Tabah jela nakkk.

Selepas penat menyelamatkan negara, rasa mengantuk mula menyelubungi diri. Comfortable kartun hello kitty ku dicapai. Aircond dilaraskan supaya lebih sejuk. Wahhh heaven made in Malaysia bethol. Sedap wei.

Selepas seketika aku terlelap.

——————————————————
Isnin

Hari yang aku anggap seperti neraka. Kena paksa bangun awal awal. Sudahla aku tidur lambat malam tadi. Ni semua salah itaewon class ah. Apalah nasib aku.

Aku keluar malas dari kereta yang dipandu oleh pakcik Amat. Aku rasa macam nak ponteng je sekolah harini. Malasss

Sedar tak sedar, lagi seminggu majlis aku. Aku kadang kandang stress fikir pasal tu. Aku tak ready lagi. Tapi disebabkan kasih sayang aku Kat mama papa aku turutkan.

"Good morning bakal makmumku." Langkah aku terhenti. Sape pulak makmum dia. Ni mesti terpengaruh dengan movie makmum ni. Tapi macam kenal suara dia tu. Tapi dimana ya. Gue mau tau

Jadi aku pusing ke belakang nak tengok siapa yang panggil aku 'bakal makmum' dia tu.

"Good morning Cikgu Haikal. Ada apa apa yang boleh saya bantu?" Lagakku seperti P.A. Malas sebenarnya aku nak layan Cikgu Haikal ni.

By the way. Dia ni lah bakal aku. Dia ni sebenarnya cikgu baru. Dia ajar subject biologi kelas aku.

"Umi kata petang ni kita keluar. Nak pergi fitting baju." WAIT WHAT?! PETANG NI? PETANG NI AKU ADA KERJA WOI. AKU NAK SIAPKAN HOMEWORK YANG ENGKO BAGI YANG BERLAMBAK YANG MACAM GUNUNG EBEREST TU. Banyak bethol yang aku.

"Saya busy. Saya nak siapkan homework bio yang sikitttt sangattt tu. So sorry." Jawab ku dengan perlian. Bukan dia tahu pun.

"Alaaaa jom la petang Ni. Homework tu takpe, nanti saya kecualikan awak. Boleh tak sayang?" AKU SALAH DENGAR KE NI? SAPE SAYANG ENGKO HUH?

Aku berfikir sejenak. Tawaran dia ni lumayan jugak. Boleh aku skip homework aku malam ni. Yahooo.

"Haa ok saya ikut cikgu. Petang ni pukul 3. Cikgu ambil saya dekat rumah saya. Eh salah I mean rumah parents saya atau lebih tepat RUMAH BAKAL MAK MERTUA AWAK."

Part bakal mak mertua awak, suara aku diturunkan. Takut terkantoi jew.

Sedar tak sedar, sekarang ni aku hampir lambat join perhimpunan. Ni semua salah cikgu tu ah. Kalau dia tak tegur aku, mesti aku paling cepat sampai perhimpunan.

"Dah bye saya nak pergi perhimpunan. Assalammualaikum Cikgu Haikal. Jumpa di kelas." Laju kaki aku berjalan menuju tapak perhimpunan. Takut lewat. Kalau lewat nanti kena hadap si Kewek tu. Malas aku nak dengar dia bebel. Cair taik telinga aku.

Hey, I love youWhere stories live. Discover now