Part 2

17 7 1
                                    

"Ibu?." Suara si anak kembali mengetuk telinga.

"Ya sayang, tak boleh sayang..Mukhlis kan kecil lagi, mana boleh main dekat pantai tu, bahayalah." Balas Ramlah setelah lama membiarkan soalan anaknya dihanyut masa.

Air mata kesayuan bergenang dalam kolam mata.

"Ibu menangis ke?"

"Mukhlis tahu?" Soal si ibu.

"Mukhlis tahulah...ibu kan ibu Mukhlis, orang yang paling rapat dengan Mukhlis" jawab Mukhlis sambil menguntum senyuman manja.

Ramlah juga tersenyum melihat keletah anaknya. Mukhlis sangat mengenali dirinya, walaupun anaknya terbatas dari aspek fizikal.

"Alahhh ibu...Mukhlis dengar macam ramai je yang main dekat pantai tu, takkan Mukhlis tak boleh, takkan nak tunggu Mukhlis besar baru ibu bagi Mukhlis main." Mukhlis mecebik dek kerana tidak dibenarkan ibunya untuk bermain di pantai seperti kanak-kanak yang lain.

"Mukhlis kan sakit...ibu risau kalau Mukhlis main dekat dengan air." Ramlah cuba memujuknya. Dia tidak mahu anaknya tersinggung dengan kata-katanya. Dia tahu anak dia kuat dan tabah menjalani kehidupan seperti manusia yang lain.

"Ok ibu, macam ni lah, apa kata ibu bawa Mukhlis jalan-jalan dekat pantai tu, boleh tak? Mukhlis dapat dengar bunyi ombak dekat pun ok dah." Mukhlis memberi cadangan seraya tersengih. Tampak giginya yang rongak di hadapan.

Dia membalas sengihan anaknya itu dengan sebuah senyuman walaupun Mukhlis tidak pernah tahu bahawa dia akan senyum kepadanya. Melihatkan wajah anaknya yang ceria, sudah membuatkan dia terasa bahagia walaupun dia tahu anaknya juga sedang menderita.

Istimewa pula, anaknya tidak pernah merungut mengenai perihal dirinya yang tidak semacam dengan kawan-kawannya yang lain.

BashirohWhere stories live. Discover now