Part 4

11 6 1
                                    

"Ibu jomlah" sekali lagi lamunan terjeda. Suara si anak kecil mencantas lamunan.

"Baiklah jom"

Ramlah mengangkat anaknya yang berumur 6 tahun dan ketap dalam dukungan. Dia menapak ke gigi pantai, berjalan dengan perlahan sambil menikmati bayu laut yang nyaman lagi segar.

"Wah nyamannya ibu"

"Tentulah Mukhlis, setiap apa yang Allah ciptakan tidak sia-sia, pasti ada hikmah yang tersirat. Kalau Allah buat sesuatu tu, mesti ada tujuannya."

"Ibu..."

"Ya sayang?"

"Mukhlis nak tanya, kat dunia ni kan, ada tak orang jual mata? Mukhlis nak beli, nak jugak Mukhlis lihat pemandangan pantai yang cantik ni

Ramlah terpana dengan soalan anaknya. Sudah dijangkakannya. Persoalan itu pasti akan terluncur dari bibir anaknya yang berusaha untuk mengenali dunia dengan lebih lanjut.

Dalam kotak fikirannya, sentiasa berlegar soalan demi soalan.

"Mengapa tuhan jadikan Mukhlis macam ini?"

"Kenapa Mukhlis tak sama macam kawan yang lain?"

"Kenapa tuhan tak bagi melihat dunia?"

Banyak soalan yang masih terawang-awangan, menanti jawapan yang pastinya sukar dijawab.

Ramlah merenung wajah anaknya. Dia mendaratkan Mukhlis di atas pasir. Dibiarkan anaknya itu berdiri. Dia merendahkan tubuhnya. Kedua-dua tangannya memandu wajah si kecil itu, berpaling ke arah mukanya. Sekali lagi, dia mengusap dan membelai rambut anaknya yang gompiok itu.

"Mukhlis....mukhlis tahu tak kenapa Mukhlis tak macam orang lain?"

Anak kecil itu menggelengkan kepala. Tanda tidak tahu. Menantikan jawapan daripada ibunya.

"Mukhlis, Allah nak uji kamu sayang, ibu dan ayah kamu...." Ramlah berhenti seketika. Dia cuba menyusun bicaranya agar mudah difahami anaknya.

"Sebab orang yang diuji oleh Allah, adalah tanda Allah sayang kepada kita tau."

"Ohhh...tapi kan ibu, kalau Allah sayang kepada kita, kenapa Allah buat macam ni dekat Mukhlis yer? Kenapa kawan-kawan Mukhlis tak sama macam Mukhlis? Allah tak sayang dekat kawan-kawan Mukhlis ke?"

Bertubi-tubi soalan yang dilemparkan. Menghempap minda Ramlah.

Tak sangka anaknya boleh menyediakan soalan sebegitu rupa. Baginya, bukan Mukhlis tidak bersyukur dengan keadaan dirinya ini, tetapi dia mula berfikir dan faham akan keadaan dirinya sekarang.

Walaupun masih kecil, akalnya ligat berfikir. Mula mengenali Allah. Tuhan sekelian alam. Tuhan yang menciptakan masalah. Tuhan yang menciptakan penyelesaian. Itu lah Allah. Baik buruk semuanya telah ditentukan oleh Allah.

"Allah sayang semua hambanya Mukhlis. Bahkan kasih sayang Allah kepada hambanya melebihi kasih sayang ibu dan anak. Mukhlis kena sentiasa bersangka baik dengan Allah tau. Jangan mempersoalkan kenapa Muklis macam ni. Faham?"

"Faham ibu."

Sekali sekala Ramlah meliarkan matanya, menyaksikan keindahan pantai, kanak-kanak yang berkejaran berlari di kawasan pantai. Tidak sedikit ibu bapa juga yang sedang melayani anak-anak yang sedang bermain laying-layang.

Mukhlis diam seribu bahasa. Menikmati ketenangan bayu pantai.

"Jom kita balik"

Mereka menapak ke arah kereta yang diparkirnya di tempat letak kenderaan. Ramlah hanya mendukung anaknya membawa masuk ke dalam kereta. sebaik sahaja enjin kereta dihidupkan, Ramlah mengklikkan tali pinggang keselamatan kepada anaknya yang berada di sebelahnya. Kemudian baru dirinya pula.

Ramlah memacu kenderaannya keluar dari kawasan pantai. Sepanjang perjalanan kelihatan Mukhlis berdiam diri. Nampak tenang sekali keadaannya.

"Mukhlis....." Ramlah menoleh wajahnya ke arah Mukhlis.

Bummm!!

BashirohWhere stories live. Discover now