"Anak kamu masih punya harapan untuk menjalankan kehidupan seperti manusia biasa. Tapi..."
Doktor Ahmad menokhtakan bicaranya. dia menarik nafas kemudian melepaskannya. Ternyata nafasnya agak berat.
Ramlah dan Azman menanti bicara doktor Ahmad dengan penuh debaran. Apatah dengan Ramlah yang sebaknya masih berbaki dalam jiwa sebagai seorang ibu. Ternayata berita yang barunya didengarnya sebentar tadi mengundang kesedihan baginya dan suaminya.
"Tapi Mukhlis perlu menjalani pembedahan mata...dan kos pembedahan itu mencecah puluhan ribu encik Azman dan puan Ramlah." Jelas doktor Ahmad. Kemudian dia beredar dari situ.
Azman sudah menjangkakan. Pasti ada jalan untuk merawat kesakitan anaknya itu. Sungguhpun begitu, mereka bukan lah dari golongan hartawan yang mempunyai duit yang banyak. Tidak mampu untuk membiayai kos pembedahan mata Mukhlis.
Ramlah menalakan wajahnya ke arah Azman. suaminya masih menunduk. Diam seribu bahasa.
"Abang..."
"Takpe sayang, saya akan usahakan. Ini unuk masa depan anak kita, Awak jangan risau, banyakkan berdoa, semoga Allah permudahkan urusan kita" Jelas Azman dengan mengukirkan senyuman. Walaupun Ramlah tahu senyuman itu agak berat untuk dihadiahkan kepadanya.
Ramlah menyemak buku akaun banknya. Duitnya masih belum mencukupi untuk membiayai kos pembedahan mata anaknya itu. Demi masa depan Mukhlis, dia berusaha sedaya boleh untuk mengumpul duit walaupun dia tahu mengambil jangka masa yang lama.
Walaupun terpaksa menanti beberapa tahun. Dia tidak butuh simpati daripada sesiapa. Dia sendiri akan mengumpul duit dari hasil titik peluhnya sendiri. Dia akan pastikan Mukhlis dapat hidup seperti manusia lain. Nekad Ramlah.
"Sayang, awak jangan risau, saya akan buat sedaya upaya saya untuk anak kita. Awak jangan risau ya, anak adalah amanah yang paling besar Allah beri kepada kita. Jadi kita kena didik Mukhlis supaya jadi manusia yang berguna kepada masyrakat."
"Walaupun anak kita cacat?"
"Ya. Walaupun anak kita kehilangan mata, siapa kata dia tidak boleh beri manfaat kepada masyarakat. Bahkan saya rasa, Mukhlis boleh memberi inspirasi kepada masyrakat suatu hari nanti. Jadi awak sebagai ibu, awak adalah madrasah bagi Mukhlis".
Ibu? Ibu? Mukhlis menepuk lembut peha ibunya.
"Ya Mukhlis,"
"Kenapa ibu tak tidur lagi?" Tanya Mukhlis.
"Takda lah ibu tengah buat kerja sikit ni hah, ni Mukhlis kenapa tak tidur lagi, lewat dah ni, esok Mukhlis nak sekolah pulak."
"Lewat dah ke ibu? Hahahahaha, mana Mukhlis tahu, biasanya ibu ajak Mukhlis tidur. Mukhlis baru baca surah al-mulk. Sebab tu tak tidur lagi."
"Baca surah al-mulk?"
"Puan Ramlah, puan sangat beruntung sebab dapat anak macam Mukhlis"kata cikgu Siti kepada Ramlah. Ramlah kembali semula ke sekolah Mukhlis gara-gara tertinggal bekal makanan anaknya
"Maksud cikgu?"tanya Ramlah
"Sebab saya perasan Mukhlis mudah menangkap dengan apa yang dia dengar. Maksud saya di cepat ingat. Setakat yang saya ajarkan budak-budak ini, Mukhlis adalah anak yang pertama mampu ingat pelajaran atau ayat al-quran dengan cepat dan lancar." Bebola mata cikgu Siti melekat pada sebatang tubuh kecil yang sedang mengikuti pengajian daripada gurunya.
"Alhamdulillah". Kalimah itu yang muncul dari bibirnya sebaik sahaja mendengar pujian daripada cikgu Siti.
Dah Mukhlis, jom kita tidur. Ramlah memandu anaknya untuk ke bilik tidur. Sebaik sahaja Mukhlis merebahkan tubhnya di atas katil, Ramlah menapak ke arah katil Mukhlis. Dia menjatuhkan punggungnya di sisi katil Mukhlis. Dia menarik selimut untuk Mukhlis. Tangannya membelai lembut rambut anaknya itu.
Mukhlis, sebelum Mukhlis tidur, boleh ibu tanya soalan?
Tanya lah ibu, Mukhlis belum mengantuk lagi. Mukhlis yang baru sahaja diselimutkan oleh ibunya itu, segera menjawab soalan ibunya.
Apa cita-cita Mukhlis bila besar nanti?
Cita-cita Mukhlis nak jadi...
![](https://img.wattpad.com/cover/227479560-288-k916932.jpg)
YOU ARE READING
Bashiroh
General FictionBashiroh (mata hati) Ya, dia mungkin tiada apa yang orang ada, tapi dia ada apa yang orang tiada!! Ketabahan dan kecekalan Ramlah mendidik dan membesarkan Mukhlis menjadi titik utama kejayaan Mukhlis Walaupun Mukhlis berbeza daripada rakan2 nya yang...