3 tahun kemudian...
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh, bersama saya Hazim Ahmad, selaku hos rancangan bicara Rohani. Hari ini kami bawakan anda semua, yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita, saudara adik Abdullah Mukhlis.
Baik adik Mukhlis, kami difahamkan adik buta sejak dari kecil lagi betul?
Ya jawab Mukhlis sepatah.
Jadi boleh tak adik kongsikan pengalaman adik, bagaimana adik menghafal al-quran dalam keadaan adik yang serba kekurangan? Dan kami juga diberitakan adik sudah menghafal ratusan hadis serta beberapa matan kitab...
Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah kerana memberi kemampuan dan kekuatan kepada saya untuk hafal al-quran, hadis serta beberapa matan kitab." Dia menokhtakan kalamnya seketika.
"Rahsia saya di sebalik semua ini, tidak lain tidak bukan, bermula daripada seorang ibu yang tabah dan betah menjaga dan mendidik saya."
Dengan didikan dan dorongan yang tidak putus-putus dari ibu, saya mampu melakukan semua ini. Ini semua didikan daripada ibu saya sejak dari kecil lagi.
Sebagaiman para hadirin tahu, saya tidak seperti manusia lain, saya kehilangan pandangan sejak dari kecil. Tapi itu bukan penghalang kepada saya untuk buktikan kepada masyarakat terutamanya kepada ibu saya sendiri bahawa saya mampu melakukan sesuatu yang membahagiakan dia." Cerita Mukhlis dengan panjang lebar. Para hadirin khusyu mendengar pengalaman dan kisah hidupnya.
Sewaktu saya berumur 7 tahun, hadir hamba Allah, mahu menghulurkan bantuan kepada kami, dia mahu menampung kos pembedahan mata saya, dan saat itu, saya hampir-hampir dapat mengembalikan kehidupan saya seperti manusia biasa. Ibu saya sangat bahagia dengan pertolongan tersebut.
Tapi di saat itu, hati saya tergerak untuk menolak pemberian itu. Ketika itu saya tidak tahu mengapa saya mahu menolak pemberian itu. Lalu, saya berkata kepada ibu saya
Ibu, Mukhlis tak nak bedah boleh?
Kenapa sayang? Kan nanti Mukhlis boleh melihat macama kawan-kawan Mukhlis.
Takpa lah ibu, Mukhlis dah bersyukur, walaupun Mukhlis tak dapat lihat macam biasa, tapi Mukhlis boleh buat perkara yang luar biasa. Mukhlis mungkin tidak ada mata untuk melihat, tapi Mukhlis ada mata hati kan bu.
Mukhlis takut lah bu,
Takut apa sayang?
Bila Mukhlis ada mata, Mukhlis takut Mukhlis buat dosa. Mukhlis takut mata Mukhlis lihat perkara yang haram. Nanti dekat akhirat, Allah akan tanya mata Mukhlis.
Allah ada sebut, "sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan disoalkan tentangnya." (al-Isra';36)
"Jadi itu lah serba sedikit perkonsian hidup saya, buta tidak bermakna tidak boleh melakukan apa-apa, jangan disebabkan kekurangan pada diri kita membuatkan kita tidak bermakna di sisi masyarakat, apatah lagi di sisi Allah."
Terima kasih ibu.
TAMAT.
Sila Komen Untuk Penambaikkan.
YOU ARE READING
Bashiroh
General FictionBashiroh (mata hati) Ya, dia mungkin tiada apa yang orang ada, tapi dia ada apa yang orang tiada!! Ketabahan dan kecekalan Ramlah mendidik dan membesarkan Mukhlis menjadi titik utama kejayaan Mukhlis Walaupun Mukhlis berbeza daripada rakan2 nya yang...