Part 3

19 7 3
                                    

Dua tahun selepas kelahiran Mukhlis, Ramlah dan Azman menyedari akan perubahan pada kedua-dua belah mata anaknya. Mula membengkak tanpa tahu apa sebabnya.

Mereka menghantar Mukhlis ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Hati bukan kepalang gelisah memikirkan perihal anaknya. Mukhlis satu-satunya anak yang mereka ada dan miliki.

Setelah menjalani rawatan, doktor mengesahkan bahawa Mukhlis mengalami tekanan saraf optik dan retina pada kedua-dua belah mata.

Payah dan sukar sekali untuk menerima hakikat pada ketika itu apabila doktor mengumumkan anaknya akan hilang penglihatan sepenuhnya. Buta selamanya. Semuanya berlaku pantas dan berita itu seperti mimpi ngeri.

"Sayang...jangan sedih, tuhan kurniakan kita anak itu pun dah berharga untuk kita. Jangan tangisi dengan apa yang telah tuhan tentukan. Sebaliknya kita berharap agar tuhan merungkai hikmah di sebalik apa yang berlaku. Awak tabah yer...dah jangan menangis. Kita jaga Mukhlis baik-baik."

Nasihat Azman. Sungguh mendayuh. Tapi itulah hakikat yang wajar terima dengan lapang. Allah telah aturkan yang terbaik untuk hambanya, jangan sesekali menyalahkan takdir.

Ramlah cukup yakin bahawa Mukhlis bukan anak yang lemah sebaliknya anak yang kuat dan tabah menjalani kehidupan dengan penuh penderitaan dan seksa, biarpun dia sudah kehilangan mata, tetapi dia tidak kehilangan mata hati.

Ramlah sentiasa membacakan kepadanya ayat-ayat suci al-quran supaya ia lekat dihati.

Walaupun tidak memiliki mata untuk membaca, Mukhlis memiliki telinga untuk mendengar. Itulah pesanan arwah suaminya sebelum pergi buat selama-lamanya.

BashirohWhere stories live. Discover now