Tahun 2013...
MENGEKEK dua manusia itu ketawa di bawah pondok kayu, sampai boleh didengar manusia dalam rumah. Nada geleng kepala sambil tangan ligat mengacau air teh dalam teko. Umi dengan kawan baik dia tu, kalau boleh menyembang... boleh runtuh langit okey!
"Betul, Cah! Yang semalam tu, mengekek aku gelak kau tau tak? Ada ke patut dia pergi masukkan bola tenis dalam lubang ekzos motor budak tu! Mahu tak berasap!" Puan Karisma dah kesat hujung mata yang dah berair. Ketawa pun menangis ya anak-anak.
"Kau ni Ma, macam lah tak kenal dengan si Boyot tu. Dia memang suka mengusik pun dalam kampung kita ni," tergeleng-geleng kepala Puan Aishah bila Puan Karisma bersungguh-sungguh bercerita. Boyot, seorang remaja lelaki yang kurang cerdik di kampung ni merupakan seorang 'penghibur' di kampung mereka. Setiap hari, ada saja keletah Boyot yang mengundang air mata kegembiraan penduduk di sini.
"Hai lah, Boyot. Kalau takde kau, boleh suram kampung kita ni..."
"Betul-betul,"
"Umi, Mak Cah. Gelak sampai bergegar tiang rumah ni. Tak baik tau gelak kuat-kuat." Nada mendekat. Dulang berisi seteko air teh panas dan tiga biji cawan diletak perlahan atas pondok kayu. Ruang kosong di sisi Puan Karisma diambilnya.
Puan Karisma dan Puan Aishah saling berpandangan.
"Teringatkan si Boyot tu lah." Puan Karisma hela nafas. Bebola matanya bergerak memandang Nada yang sedang menuang minuman ke dalam cawan kaca.
"Minum, Mak Cah. Umi..."
"Terima kasih, Nada."
"Sama-sama."
Nada pandang Puan Aishah. Dari kecil lagi, dia memang dah kenal dengan Puan Aishah. Puan Aishah satu-satunya kawan baik sehati sejiwa sehidup semati dengan uminya, Puan Karisma. Hubungan Puan Aishah dan Puan Karisma dah macam adik beradik kembar. Macam belangkas, ke hulu ke hilir bersama.
"Ha, Nada. Macam mana dengan study?" soal Puan Aishah setelah mencicip perlahan teh panas.
"Alhamdulillah, okey je Mak Cah. Baru aje habis exam minggu lepas."
"STAM kan?"
"Haah."
"Lepas STAM nak sambung dekat mana pulak?"
"Nada ingat, Nada nak mintak Universiti Al-Azhar, Mesir. Dah lama Nada teringin nak study kat sana." Tersenyum-senyum Nada bila bercakap soal itu. Kepala Puan Aishah terangguk-angguk.
"Bagus lah, Nada. Balik nanti boleh jadi cikgu ke ustazah ke..."
Nada senyum lagi.
"Harap-harap macam tu la Cah. Aku tak mintak banyak. Cukup lah anak-anak aku jadi manusia yang berguna. Boleh kongsi ilmu dengan orang lain. Boleh tolong orang," Puan Karisma peluk bahu Nada di sebelah.
"Ya lah, anak-anak kau yang lain pun semua kerja elok-elok dah. Si Nadirah tu dah jadi doktor. Yang Nadim tu pulak, dah jadi askar. Nanti Nada, jadi cikgu. Kira bagus dah la tu masa depan kau orang." Paha Nada, Puan Aishah tepuk sekali.
"Daffa macam mana?"
Puan Aishah terdiam dulu bila Puan Karisma bangkitkan soal Muhammad Daffa, anak lelaki sulungnya itu.
"Dia tu lain sikit dari adik-adik dia. Dia minat betul dengan seni. Sekarang ni tahun terakhir dia kat kolej. Lepastu, dia kata nak try mintak universiti kat Australia. Nak sambung Degree kat sana." Jawab Puan Aishah. Dia pun tak tahu macam mana Daffa boleh minat sangat dengan seni. Sedangkan dalam keturunan mereka, tak ada seorang pun yang ada bakat seni kecuali... si Muhammad Daffa.
YOU ARE READING
Sir, I Heart You
RomanceDinginnya MUHAMMAD DAFFA kepada AININ NADA bermula bila si NADA membaca surat cinta di zaman monyetnya tanpa izin. Sudah lah baca surat cinta orang, NADA boleh pula mengejek dia! "Eei, geli tau Nada baca surat cinta abang ni. Baru tingkatan satu, da...