Bab 4

3.1K 226 14
                                    

TAK henti-henti ucapan tahniah diterima Nada sejak tadi. Semua yang hadir menzahirkan rasa bangga kerana dia dapat peluang menyambung pelajaran ke Mesir. Kakak dan abangnya tidak mendapat peluang sepertinya.

   "Nada, tolong tengok dekat luar tu kejap. Lauk ada lagi tak?" pinta Puan Karisma yang kelihatan begitu sibuk di belakang. Nada akur. Langkah dia bawa ke luar rumah. Ada dua buah kanopi didirikan di laman.

   "Abah, lauk semua cukup tak kat keluar ni?" Nada menyoal Encik Najmi yang kebetulan berdiri di meja katering.

   "Hmmm lauk ayam aje dah nak habis ni."

   "Kejap Nada bawa keluar."

   "Eh tak payah. Abah dah suruh angah ambilkan kat dalam tu."

   "Oh, okey..."

   Nada tebarkan pandangan ke sekeliling. Majlis diadakan selepas solat Asar. Sekarang baru nak masuk jam enam, masih ramai lagi yang hadir. Nada berkira-kira untuk masuk kembali ke dalam rumah sebelum namanya diseru seseorang. Laju dia menoleh.

   "Abang Daffa?" hampir bercantum kening Nada bila Daffa tiba-tiba datang menegur. Mimpi apa mamat ni sampai boleh tegur aku?

   "Ehem. Tahniah sebab... dapat sambung belajar dekat Mesir." Tutur Daffa, cuba mengawal macho. Nada dah mengejek jahat dalam hati. Eei, dari dulu sampai sekarang... tak habis-habis nak kontrol macho!

   "Terima kasih, Abang Daffa." Nada senyum segaris.

   "Nah, ambil lah." Daffa hulur beg kertas. Lambat-lambat Nada menyambut dengan wajah berkerut seribu.

   "Apa ni?"

   "Hadiah sikit. Bukan selalu nak bagi."

   "Err terima kasih, Abang Daffa. Susah-susah aje kasi Nada hadiah."

   "Sama-sama."

   Daffa gigit isi pipi. Betul lah apa yang Yusri cakap. Lawa pulak si Nada ni. Pakai jubah hitam, tudung bawal pink bidang enam puluh yang dipin di kiri dan kanan bahu. Muka tu mungkin cuma ditepek bedak kompak. Nada dari dulu lagi memang natural beauty. Menurun dari Puan Karisma yang sedia cantik.

   Bila Nada angkat kepala, pandangan mata mereka bersabung. Automatik, pipi Nada terasa panas. Malu!

   Daffa pula, terkedu. Bulatnya mata dia...

   "Errr study elok-elok. Good luck!" tutur Daffa, suara dah terasa kekok. Nada angguk. Lepas ucap terima kasih, laju Nada melangkah masuk ke dalam rumah meninggalkan Daffa di luar. Nada tepuk dada sendiri.

Astaghfirullahalazim, Ainin Nada!


MALAM itu lepas solat maghrib, Nada capai beg kertas pemberian Daffa atas meja solek. Dibawanya ke katil sebelum dia duduk bersila di situ. Tangan dia panjangkan menarik keluar sesuatu dari dalamnya.

   "Ya Allah, cantiknya..." membulat mata Nada bila sehelai tudung bawal labuh ditariknya keluar dari dalam beg. Warna maroon dan ada batu-batu kecil. Cantik. Sumpah cantik! Sudah terbayang-bayang di fikirannya bila dia menyarung tudung ini. Dipadankan dengan jubah hitam atau baju kurung yang senada dengan warna tudung ini.

Nada tak habis sengih lagi. Dekat lima belas minit juga dia asyik membelek tudung pemberian Daffa itu. Sekejap-sekejap digayakan di depan cermin.

   "Terima kasih Abang Daffa."

   Dan Nada sambung sengih lagi.

Sir, I Heart YouWhere stories live. Discover now