CINCIN belah rotan yang tersarung di jari manisnya itu ditenung bagai nak tembus. Tak sangka, Daffa setuju untuk ditunangkan dengan dia. Nada fikir, Daffa akan membantah. Iya lah, Daffa kan tak suka dia. Tak habis-habis nak sakitkan hati dia.
"Nada!"
Bahu Nada terhinjut. Dia yang berada dalam bilik lekas-lekas keluar. Majlis pertunangan mereka tak macam orang lain. Keluarga kecil Puan Aishah datang ke rumahnya, sembang-sembang, sarung cincin lepastu makan tengahari bersama. Simple dan cepat. Dan tak melibatkan apa-apa kos yang banyak.
Kalau orang lain, bukan main gah lagi. Tunang pun ada pelamin macam kenduri kahwin. Si dara pakai baju bermanik-manik, berenda-renda dengan veil atas kepala. Dia pula? Baju kurung cotton berbunga kecil dan tudung bawal labuh warna maroon pemberian Daffa. Tak ada nak mekap-mekap bagai. Cukup tempek foundation, bedak dan lipmate.
"Ya umi?" Nada dah tegak berdiri di ruang tamu. Keluarga kecil Puan Aishah dah balik. Oh ya. Daffa tak datang. Konon ikut adat lah. Bakal pengantin lelaki tak datang sewaktu majlis pertunangan. Sedikit sebanyak, Nada musykil sendiri. Mereka bertunang bukan sebab nak kahwin pun. Kenapa lah Daffa tak boleh datang ya?
"Duduk lah sini kejap." Puan Karisma tepuk ruang kosong di sisinya. Tak cakap banyak, Nada duduk di atas sofa bersebelahan uminya.
"Nada macam mana? Okey?"
"Okey je, umi. Kenapa?"
"Nada tak marah umi, kan?"
Nada gelak kecil.
"Tak lah. Kenapa Nada nak marah umi pulak?"
"Iya lah, mana lah tahu kan..."
Nada senyum nipis. Nak marah pun tak ada guna dan tak ada faedah. Benda dah jadi. Sekarang ni dia dah jadi tunang kepada Muhammad Daffa. Baru umur sembilan belas tahun dah bertunang. Nasib orang lain tak tahu.
"Umi."
"Ya sayang?"
"Umi tahu tak kenapa Abang Daffa setuju nak bertunang dengan Nada? Yalah, umi sendiri tahu kan macam mana layanan Abang Daffa dekat Nada? Dingin macam ais beku. Dah tu, kita orang bukan rapat sangat pun." Soal Nada. Puan Karisma diam dulu. Teringat balik apa kata kawan baiknya itu beberapa hari lepas.
Daffa setuju untuk ditunangkan dengan Nada sebab...
"Sebab dia tak nak bantah kata mak dia. Daffa cakap, tunang aje pun. Kalau kahwin, memang dia tentang habis-habisan." Jawapan Puan Karisma buat mulut Nada berbentuk 'o'. Sesaat, Nada pandang wajah Puan Karisma.
"Abang Daffa ada cakap apa-apa tak dekat umi? Atau abah?"
"Takde pulak. Tapi petang semalam, Daffa memang ada datang sini waktu Nada keluar dengan abah."
"Datang buat apa?"
"Dia datang tanya umi sama ada umi okey ke kalau Nada dengan dia bertunang? Iya lah, tunang tanpa rasa cinta dalam diri masing-masing. Umi cakap dekat dia, umi takkan paksa dia bertunang dengan Nada. Kalau Daffa keberatan, tak apa lah. Batalkan aje lah majlis. Tapi Daffa cakap dia okey. Apa yang akan berlaku pada masa depan, siapa aje yang tahu kan? Allah itu kan sebaik-baik Perancang." Puan Karisma senyum lebar. Nada mengangguk setuju. Sungguh dia takkan tahu apa akan berlaku lima minit lagi. Inikan pula lima tahun!
"Umi, Nada masuk dalam dulu lah. Nak solat asar."
"Iya lah. Eh, kejap."
Puan Karisma keluarkan sesuatu dari dalam beg tangan lalu dia hulur kepada Nada. Berkerut pelipis Nada bila kertas kecil bertukar tangan.
"Umi tahu Nada takde nombor telefon Daffa. Semalam Daffa datang kasi nombor telefon dia dekat umi. Dia cakap, kalau Nada ada sesuatu nak bincang dengan dia, boleh call atau mesej dia."
Terangguk-angguk kepada Nada sebelum dia tarik senyuman.
"Baik, umi. Nada masuk bilik dulu."
"Okey."
DARI tadi lagi Nada menunduk memandang skrin telefon bimbit. Nombor telefon Daffa sudah dia save dalam senarai contactnya. Sekarang ni, dia sedang berkira-kira sama ada mahu Whatsapp Daffa atau tidak. Nak call, dia segan nak bercakap dengan lelaki itu. Sesaat, Nada ketuk dagu dengan telefon pintar di tangan.
Perlu tak aku Whatsapp dia?
Tapi... untuk apa?
Tanya dia kenapa dia setuju untuk bertunang dengan kau? Walaupun umi kau dah bagitahu sebab-sebabnya.
Haah, bagus jugak tu. Memang itu pun yang aku nak tahu.
Buka aplikasi Whatsapp, Nada cari nama Daffa yang dia dah save.
Nada:
Assalamualaikum, Abang Daffa.
Ini Nada.
Tutup aplikasi Whatsapp, meninggalkan last seen. Nada berdebar-debar sendiri. Macam tengah tunggu crush balas Whatsapp aje ni. Hesy, astaghfirullahalazim, Nada! Tak baik!
Bip!
Laju saja Whatsapp buka mesej Whatsapp yang dibalas Daffa.
Daffa:
Hm? Kenapa?
Nada:
Kenapa abang setuju untuk tunang dengan Nada?
Nada ingat, abang takkan setuju.
Dup dap dup dap.
Daffa:
Kalau aku tak nak bertunang dengan kau, mak aku takkan izinkan aku pergi Melbourne.
Aku takde pilihan lain selain bertunang dengan kau
Tapi takpe, aku tak kisah
Macam yang kau cakap hari tu
Tunang aje pun, bukannya kahwin
Lepas kita balik Malaysia, kita decide lah.
Tak semena-mena Nada dah tersenyum. Sedar bibirnya semakin melebar, Nada tampar perlahan bibir. Eei, jangan senyum!
Nada:
Okey, abang.
Terima kasih.
Membulat mata Nada. Eh, kejap! Kenapa kau berterima kasih dekat dia wahai Ainin Nada?! Kalut-kalut dia mahu memadam mesej itu sebelum Daffa baca. Tapi malangnya, Daffa lagi laju.
Daffa:
Nak bertunang dengan aku, tapi tak nak mengaku
Sama-sama.
Nada lempar telefon pintarnya ke tepi. Bantal ditarik lalu ditekup wajahnya. Sesaat, dia menjerit melepaskan rasa malu dan segan yang dah bertandang hadir. Bodoh kau, Nada! Memang memalukan lah kau ni! Tengok! Kan Daffa dah fikir lain! Eei.
YOU ARE READING
Sir, I Heart You
RomanceDinginnya MUHAMMAD DAFFA kepada AININ NADA bermula bila si NADA membaca surat cinta di zaman monyetnya tanpa izin. Sudah lah baca surat cinta orang, NADA boleh pula mengejek dia! "Eei, geli tau Nada baca surat cinta abang ni. Baru tingkatan satu, da...