DAFFA sandarkan belakang tubuhnya pada kayu katil. Komputer riba jenama Asus terletak elok atas pahanya. Jemarinya bermain pada touchpad. Gmail dibukanya setelah beberapa hari tak check email-email yang masuk. Iya lah, sibuk siapkan lukisan yang ditempah pelanggan-pelanggannya. Nak siapkan satu lukisan pun, bukannya sekejap.
Keningnya hampir bertaut saat terpandangkan satu email yang baru masuk ke dalam kotak email-nya. Daffa betulkan posisi duduk kepada tegak. Komputer riba ditarik sedikit ke tubuhnya. Perlahan, email tersebut dibuka.
Dear, Muhammad Daffa Bin Bazli
Congratulations! We are pleased to confirm that the Selection Committee have agreed to offer you admission to the Faculty of Arts, The University of Melbourne.
OMG!
Biji mata Daffa dah membulat lebar. Berkali-kali dia tenyeh matanya. Mana lah tahu kut-kut dia silap tengok. Pejam celik, pejam celik. Sah! Dia tak berkhayal. Dia tak bermimpi. Email yang diterimanya itu sahih!
Daffa raup wajah. Seronok dia bukan kepalang. Terus diangkatnya komputer riba miliknya keluar daripada bilik tidur. Terjerit-jerit dia memanggil Puan Aishah dan Encik Bazli. Kalut-kalut dua manusia itu keluar dari bilik tidur mereka. Puan Aishah masih bertelekung, Encik Bazli masih berkopiah atas kepala.
"Apa yang bising-bising ni, Daffa?" soal Encik Bazli. Mujur mereka berdua dah selesai solat. Kalau tak, mahu hilang khusyuk dia beribadah dek pekikan anak terunanya itu malam-malam begini.
"Mak, ayah. Tengok lah ni. Orang dapat email!"
"Email apanya?"
"Eei, tengok lah sini."
Komputer riba bertukar tangan. Bersinar-sinar mata Daffa menunggu reaksi dua manusia kesayangannya itu. Sesaat, bibir kedua-duanya dah melebar satu senyuman.
"Dah confirm ke ni, Daffa?" soal Puan Aishah.
"Kalau dah dapat offer letter dari dia orang, kira confirm lah tu mak." Sengih Daffa membalas.
"Alhamdulillah. Tahniah, Daffa! Dapat juga kau pergi belajar kat luar negara tu!" Encik Bazli tepuk bahu Daffa.
"Bila nak pergi daftarnya?"
"Kat situ dia orang bagitahu intake Januari tahun depan. Maksudnya, lima bulan lagi lah mak."
"Uish, tak lama dah tu."
"Iya, mak."
Encik Bazli dan Puan Aishah saling berpandangan.
"Apa kata, kita celebrate kejayaan Daffa hujung minggu ni? Kita pergi makan seafood!" cadang Encik Bazli. Terangguk-angguk kepala Daffa dan Puan Aishah menerima cadangan itu. Daffa hela nafas panjang.
Terima kasih, Ya Allah.
YOU ARE READING
Sir, I Heart You
Roman d'amourDinginnya MUHAMMAD DAFFA kepada AININ NADA bermula bila si NADA membaca surat cinta di zaman monyetnya tanpa izin. Sudah lah baca surat cinta orang, NADA boleh pula mengejek dia! "Eei, geli tau Nada baca surat cinta abang ni. Baru tingkatan satu, da...