"Hey Nada!"
Nada toleh pandang Safura. Hey Nada? 'Hey'?
"Saf? Ada apa ya?" macam biasa, Nada senyum bila ada yang menegur. Tapi balasan Safura buat bahu Nada jatuh. Wajah yang disolek nipis itu langsung tak senyum. Muka ketat. Jeling tajam.
"Macam mana hari ni? Okey?" soal Safura, memeluk tubuh. Nada hela nafas panjang.
"Saya pelik... kenapa semua orang macam lain aje hari ni? Cikgu-cikgu semua, pelajar-pelajar. Layan saya macam saya ni ada buat salah besar aje."
"Memang! Memang kau ada buat salah besar!"
Membulat mata Nada bila Safura cakap kasar dengan dia. Bukan setakat kasar, Safura guna kata panggilan 'kau'.
"Salah apa?" soal Nada lagi. Safura gelak sinis.
"Kau akan tahu kejap lagi. Cikgu Khalid nak jumpa kau dalam bilik dia sekarang. Good luck!" Safura jeling lantas berlalu pergi. Sempat dia tolak bahu Nada dengan bahunya. Mata Nada terkebil-kebil dulu.
YOU ARE READING
Sir, I Heart You
RomanceDinginnya MUHAMMAD DAFFA kepada AININ NADA bermula bila si NADA membaca surat cinta di zaman monyetnya tanpa izin. Sudah lah baca surat cinta orang, NADA boleh pula mengejek dia! "Eei, geli tau Nada baca surat cinta abang ni. Baru tingkatan satu, da...