BAB 1

5.3K 72 19
                                    

Cahaya Qaseh berasal dari sebuah keluarga yang agak susah. Dia mempunyai 7 orang adik beradik yang terdiri daripada 3 orang perempuan dan 4 orang lelaki. Qaseh merupakan anak yang paling sulung. Mereka tinggal di rumah setinggan. Walaupun mereka berada dalam keadaan yang agak susah, tapi mereka sentiasa gembira dan bahagia seperti keluarga yang mempunyai segala-galanya. Qaseh bersyukur kerana jiran-jirannya bukan seperti sesetengah jiran yang pentingkan diri sendiri. Jiran-jirannya sangat mengambil berat antara jiran yang lain. Qaseh dan kawannya, Siti setiap hari akan pergi ke ujibakat untuk Qaseh mencari kerja. Qaseh sangat berbakat dalam bidang lakonan. Oleh sebab itu, dia mengambil keputusan untuk pergi ke setiap ujibakat sehingga dia mendapat tawaran berlakon.

************************************

"Hari ni, aku berlanja korang semua minum!", kata Hafreez. Setiap kali stress, Hafreez akan pergi ke kelab malam dan balik pada pagi keesokan harinya. Perangainya tidak berubah walaupun telah ditegur banyak kali oleh neneknya. Hafreez tinggal bersama neneknya dia sebuah banglo mewah milik neneknya. Neneknya yang dulu seorang artis terkenal dan atuknya seorang usahawan yang berjaya telah meletakkan Hafreez berada dalam golongan orang kaya. Namun, atuknya telah meninggal dunia beberapa tahun dulu dan telah memberi wasiat yang dia akan memberikan Hafreez duit sebanyak 1 juta pada Hafreez pada hari jadinya yang ke-25. Kebetulan pula, esok hari jadi Hafreez. Tiba-tiba telefon Hafreez menjerit untuk diangkat.Kring kring. "Hello?", Hafreez bercakap dalam mamai. "Hafreez, bila you nak bayar i punya 10 ribu yang i menang semalam tu?", kata seorang wanita yang sudah berumur. Hafreez terkejut dengan kenyataan wanita tersebut lalu berkata " Bila i berhutang dengan u?". Wanita itu mula berang dengan pertanyaan Hafreez dan menjawab " Kalau you tak bayar hutang i hari ni siap you!". Tanpa Hafreez menjawab, wanita itu telah mematikan talian telefonnya. Hafreez cuba mengingatkan kembali saat dia berada di kelab malam. Tiba-tiba Hafreez teringat yang dia kalah dalam permainan yang menyebabkannya dia harus membayar wang sebanyak 10 ribu kepada wanita tersebut. "Aduh, macam mana aku nak bayar ni? Mati aku", katanya. Kemudian dia teringat akan wasiat arwah atuknya, "Hari ini genap usiaku yang ke-25. Aku mesti dapat duit tu hari ni. Bolehlah aku bayar", Katanya sambil tersenyum. Dia pantas mencapai telefonnya dan mendail nombor neneknya. "Nenek!", katanya. "Ya Allah kamu ni kot ye pon bagilah salam dulu",kata neneknya. "Assalamualaikum nenek ku yang disayangi", katanya. "Hah walaikumsalam. Hah, ada apa kamu call ni?" Kata neneknya. Nenek, hari ni genap umur Hafreez 25. Bolehlah dapat 1 juta tu kan?". "Ye kamu boleh dapat duit tu hri ni tapi lupa pulak nenek nak bagitahu, yang kamu kene kahwin baru boleh dapat duit tu", kata Datin Khatijah, nama sebenar nenek Hafreez. "Hah? Kene kahwin dulu? Tapi kenapa?", kata Hafreez yang sangat terkejut dengan tindakan neneknya itu. "Kalau kamu nak duit tu, kamu kahwin kalau tak nak tak dapatlah kamu duit tu. Oklah nenek nak sambung treatment nenek. Kalau ada masalah lagi kamu jumpa dengan peguam tu ye.Assalamualaikum", kata Datin Khatijah. "Walaikumsalam", kata Hafreez dengan perlahan. Tiba- tiba, terbit satu idea dalam otaknya.

Bride For RentWhere stories live. Discover now