MY EMERALD PROLOG

39 7 1
                                    


"Beta mahu engkau bunuh anak ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Beta mahu engkau bunuh anak ini. Anak yang hanya memberi nasib malang kepada keluarga"titah raja tersebut kepada pembantu wanita itu.

Pembantu tersebut hanya diam menuruti kata raja itu. Sungguh dia tidak sanggup untuk membunuh anak ini. Anak yang masih suci tanpa sebarang dosa. Apa salahnya sehingga disuruh untuk dibunuh oleh ayah kandungnya sendiri.

Satu kerajaan terkejut dengan berita pemergian permaisuri sebentar tadi. Namun,raja lansung tidak memberitahu akan kewujudan anaknya itu. Hanya memebenarkan kerajaan tahu akan kematian isterinya namun bukan tentang kehadiran anaknya. 

Dengan penuh perasaan hiba,pembantu itu membawa anak itu sambil mengaharungi hujan yang lebat seakan-akan juga hiba dengan pemergian permaisuri. Tidak mampu dia melihat wajah anak suci itu,kerana terlampau sedih dengan takdir anak itu.

Dengan perasaan yang sungguh sedih,pembantu itu lari membawa diri bersama anak itu ke suatu tempat yang gelap jauh dari istana. Tidak. Dia tidak mampu untuk membunuh anak ini. Anak ini terlampau suci. Tanpa mempedulikan nasibnya yang mungkin akan dibunuh raja,dia melarikan diri ke suatu kerajaan yang jauh dan terpencil. Kerajaan Matteo. Kerajaan yang jauh tersembunyi di dalam hutan. Kerajaan yang tidak ramai penghuninya. Kerajaan yang dianggap miskin tidak bersesuaian dengan nama "Matteo" yang bermaksud hadiah dari tuhan. 

Dengan keadaan yang masih termengah-mengah,dia tetap meneruskan perjalananya ke sebuah istana. Istana yang jauh beza berbanding istana di kerajaan lamanya. Itu sahaja tempat untuk dia membawa anak ini. Itu sahaja tempat di mana anak ini akan diterima. Mungkin. 

Kerana terlampau lelah berlari,dia akhirnya memutuskan untuk berehat di sebuah pokok. Dikoyakkan sedikit gaun pembantu yang dipakainya bagi melindungi anak itu dari hujan. Sayu hatinya melihat wajah anak itu. Wajah yang putih dan suci. Yang amat putih. Tanpa disedarinya,dia pengsan akibat hujan dan lelah.

..................................................


"Bagaimana dengan keadaan dia?"

"Keadaan dia stabil,cuma perlu berehat beberapa hari sahaja. Demam nya akan kebah tidak lama lagi".

Suara orang berbual mengejutkan wanita itu dari lenanya. 'Aku di mana'detik hatinya. Dia memerhatikan semula keadaan sekelilingnya. Sebelum dia sedar akan kehilangan seseorang.

"Bayi itu. Di mana bayi itu!"jerit wanita itu.

"Awak sudah sedar. Jangan risau,bayi itu sedang lena dibuai mimpi"jawab seorang perempuan dalam lingkungan umur remaja.

"Saya di mana?"

"Istana Matteo"jawab perempuan itu.

Wanita itu tersentak mendengar jawapan yang diberikan. Ya. Inilah tempat yang ingin ditujunya semalam. 

"Permaisuri. Saya ingin berjumpa dengan permaisuri"katanya dalam nada yang mendesak.

"Maaf. Tiada siapa yang dibenarkan berjumpa dengan permaisuri tanpa sebarang alasan yang kukuh. Maafkan saya"jawab perempuan itu.

"Bayi itu adalah cucunya. Adakah alasan ini masih tidak kukuh untuk saya bertemunya?".

..................................................

"Mengapa kamu ingin berjumpa dengan beta?"kata permaisuri.

"Bayi itu. Bayi itu adalah cucu tuanku"jawab wanita itu.

"Mengapa engkau membawa dia ke mari? Bukankah anak ini sudah tiada kaitan dengan beta? Bukankah Raja kerajaan mu sendiri yang mengambil anak beta? Menghalang anak beta dari berjumpa ibunya? Mengapa engkau yang membawa anak ini? Mengapa bukan ayahnya sendiri"kata permaisuri itu dalam nada yang tegas.

"Maafkan patik tuanku. Namun,anak ini hampir dibunuh ayahnya sendiri. Maafkan patik kerana patik tidak tahu mahu membawa anak ini ke mana lagi. Hanya tuanku yang mampu menjaga anak ini. Patik yakin,patik akan dibunuh tidak lama lagi".

Permaisuri itu hanya diam menatap wajah wanita itu,lalu pandangannya jatuh pula kepada bayi yang berada di dakapannya. Ditatap wajah bayi yang putih itu. 

"Baiklah. Beta akan menjaga anak ini. Namun dengan satu syarat. Beta mahu kamu turut bekerja di istana ini. Mustahil ayah bayi ini akan melepaskan kamu begitu sahaja. Beta yakin yang dia pasti akan mencari kamu dan bayi ini".

Wanita itu hanya mengangguk. Dia bersyukur akhirnya bayi itu akan selamat di pangkuan nendanya. Namun,dalam masa yang sama dia sedar yang dia perlu memungkiri janji tersebut bagi menjaga keselamatan bayi ini.

Keesokan harinya,wanita itu kembali melarikan diri ke kerajaan lamanya. Dibekalkan surat kepada permaisuri kerajaan Matteo akan kepergiannya. Dia perlu kembali supaya bayi itu selamat tanpa sebarang keraguan. Dia bersyukur kerana dia tahu bahawa anak itu sudah berada di dakapan yang sepatutnya.

Ampunkan patik tuanku. Namun,untuk menjaga keselamatan bayi ini,patik perlu pulang ke istana lama. Hanya patik yang tahu akan kehilangan anak ini. Walaupun patik mungkin akan dibunuh,patik sanggup mengharunginya bagi anak ini. Anak ini terlalu suci untuk disalahkan. Patik harap,tuanku menjaga anak ini dengan sebaiknya. Patik yakin yang tuanku sudah tahu akan penyakit bayi ini. Bayi ini menghidap albino. Kerana itu,lebih perit hati ini  untuk membiarkan bayi ini ke pangkuan ayahnya. Ampunkan patik sekali lagi.

MY EMERALDWhere stories live. Discover now