MARCELLO VALERIUS
"Huh,bilalah agaknya aku mampu berhadapan dengan orang lain"aku menatap ke luar tingkap bilikku melihat cahaya yang bersinar indah.
"Marcello!"panggil nenda.
"Ya,nenda"jawabku.
Nenda mengetuk pintu lalu memasuki bilik tidurku. Kelihatan beberapa jambak bunga di tangannya.
"Nenda belikan kamu bunga baru! It's white rose and lavender.Your favourite".
"Thanks"aku membawa jambakan bunga itu lalu menuju ke pasu yang berdekatan lalu meletakkannya di dalam pasu tersebut. Bunga yang layu aku berikan kepada nenda.
"Nenda"aku memanggil.
"Yes,sweetheart"jawab nenda.
"Nenda ada masa free tak hari ni?"soalku.
"Maafkan nenda Marcel,nenda terlampau sibuk hari ni. Ini pun nenda sempat jumpa kamu sebab tadi dalam perjalanan pulang ke istana nenda ternampak bunga kegemaran kamu,jadi sebab tulah nenda belikan Marcel bunga ni"jawab nenda dalam nada kesal.
Aku hanya senyum bagi mengurangkan perasaan gundah nenda.
"Takpe,Marcel boleh luangkan masa kat taman"jawabku sambil tersenyum.
Nenda menghampiriku.
"Nenda minta maaf sangat. Tapi disebabkan nenda perlu uruskan banyak benda,nenda tak boleh nak luangkan masa dengan Marcel. I promise,hujung minggu ni kita luang masa kat taman sama-sama eh"kata nenda ingin memujuk.
"Ya nenda. Jangan risau,Marcel dah besar"jawabku.
Baru sahaja 10 minit nenda di dalam bilikku,dia sudah dipanggil oleh pengawal untuk menghadiri beberapa mesyuarat. Selepas nenda keluar dari bilik,aku kembali menatap ke luar tingkap bilikku.
Jujur aku katakan. Aku sentiasa berasa sunyi. Tiada ibu,ayah mahupun adik-beradik. Hanya aku,nenda dan pekerja-pekerja di istana ini sahaja yang sering menghilangkan bosan ku. Bila ditanya tentang keberadaan ibu dan ayah,nenda selalu cakap yang ibu dan ayah berada di syurga.
Haihhh. Aku mengeluh terkenangkan nasib diriku. Kalau lah aku tak menghidap penyakit albino ni,mesti aku dah boleh sekolah macam biasa. Dari umur aku 7 tahun lagi nenda sudah memastikan aku bersekolah di rumah kerana sewaktu aku berumur 5 tahun,aku teruk dan sering diejek ganjil oleh rakan-rakan ku. Kata mereka aku ini bukan anak kelahiran manusia kerana warna kulitku yang putih. Disebabkan kejadian itu,nenda terus tidak membenarkan aku bersekolah di luar. Jujur aku katakan. Aku hanyalah seorang lelaki yang membosankan.
Tanpa terus memikirkan tentang nasib diriku,aku membawa diri ke taman bunga yang berada di halaman belakang istana. Itu sahajalah tempat aku melepaskan kesedihan dan keperitan hati. Aku selalu ingin menjadi seperti bunga. Menggembirakan orang dan mempunyai pelbagai warna yang menarik. Bukan seperti aku...hanya seorang yang putih pucat tanpa sebarang warna.
Sewaktu aku berjalan ingin menuju ke taman bunga,aku terdengar beberapa derapan langkah kaki. Aku menyorok di belakang sebuah tembok yang berdekatan dengan diriku lalu mendiamkan diri untuk melihat siapa gerangan yang memasuki taman ku.
Seorang wanita?
Aku melihat wanita itu dengan lebih teliti. Dia berpakaian gaun putih labuh yang sudah lusuh. Wajah wanita itu agak susah untuk dilihat kerana dia membelakangi dari tempat persembunyian aku.
Namun,ada sesuatu yang agak ganjil pada dirinya. Dia menutup kepalanya dengan sejenis selendang putih yang juga nampak kekotorannya. Siapa wanita ini? Macam mana dia boleh masuk sini? Pelbagai persoalan bermain dalam minda aku sekarang.
Sebelum sempat aku ingin keluar dari tempat persembunyian ku,wanita itu telah pergi membawa beberapa jambakan bunga. Dia curi bunga aku?
YOU ARE READING
MY EMERALD
Fantasy(INSPIRASI DARI KISAH LA CITTA DI SMERALDO) KISAH INI TIADA KAITAN ANTARA YANG HIDUP MAHUPUN YANG MATI. KISAH INI HANYA SEBAGAI HIBURAN SEMATA-MATA. Lahirnya seorang putera bagi sebuah pasangan yang bahagia. Putera yang disangka akan menjadi kebaha...