MY EMERALD 5

14 3 0
                                    

MARCELLO VALERIUS

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MARCELLO VALERIUS


Nenda yang sedang sibuk meneliti beberapa keping kertas aku dekati.

"Nenda.."panggilku.

"Oh Marcel. Buat apa kat sini?"tanya nenda lembut. Dia meletakkan kertas-kertas itu di mejanya lalu memusingkan badannya menghadap diriku.

"Marcel nak tanya something boleh tak? Marcel janji takkan lama".

"Boleh sayang. Kamu nak tanya apa?".

"Nenda tahu tak tentang lagenda bunga smeraldo?".

"Hmmm..nenda tahu,tapi tak terlalu banyak yang nenda tahu.  Dulu bonda kamu yang selalu ceritakan pasal legenda tu kat nenek. Lagipun lagenda tu kan dari kerajaan ni,mestilah nenda tahu".

"Bunga tu betul-betul wujud ke nenda?"

"Mengikut lagenda,bunga tu memang wujud tapi sangat jarang dan hampir mustahil untuk dijumpai. Dulu,bonda kamu beriya-riya nak bunga tu. Jadi nenda belikan bonda kamu benih bunga tu,tapi bonda kamu langsung tak mampu nak membesarkan pokok bunga tu. Akhirnya,bonda kamu putus asa sebab bonda kamu kata benda tu mungkin hanya mitos semata-mata".

Aku agak kecewa mendengar kata-kata nenda.

"Kalau Marcel kata Marcel nak tanam bunga tu boleh tak?".

"Tapi Marcel..benda tu kan hanya lagenda sahaja".

"Takpe nenda,Marcel nak cuba sambung usaha bonda. Mana tahu kali ni Marcel berjaya? Boleh?"aku mencuba lagi untuk memujuk nenda. Bunga itu amat penting bagiku. Walau apapun yang jadi,aku tetap kena usaha wujudkan bunga tu.

"Kalau itu yang kamu nak,nenda akan bekalkan kamu benih-benihnya"kata nenda seperti mengalah.

"Nenda....jangan risau. Marcel akan usaha jugak. Terima kasih"kataku teruja sambil tersenyum.

Nenda hanya tersenyum melihat aku teruja. Mulai esok,aku akan cuba tanam bunga tu.


..................................................

Termasuk hari ni,dah tiga hari aku cuba tanam bunga tu. Hampa. Aku langsung tidak dapat apa-apa hasil. Hishh. Kenapa bunga ni susah nak tumbuh hah?

Aku merungus ingin memutus asa,tapi bayangan wanita tempoh hari bermain di mindaku. Tak,aku tak boleh putus asa. Kalau aku tak tanam bunga ni,dia takkan pernah dapat jual bunga dengan harga yang mahal. Niat aku ingin membiarkan dia mencuri bunga ini kerana bunga ini tidak pernah dijual lagi setakat ini,jadi aku yakin dia boleh dapat menjual bunga ini dengan harga yang tinggi.

Aku kembali melakukan kerja yang tertangguh sebentar tadi. Bila teringat pasal wanita tu,kenapa dia dah tak datang sini lagi ya? Aku mula berfikir sejenak...mungkin duit hasil jualan dia masih belum habis kot,sebab itu dia tangguhkan dulu kerja 'mencuri' dia tu.

MY EMERALDWhere stories live. Discover now