MY EMERALD 2

34 3 0
                                    

MARCELLO VALERIUS

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MARCELLO VALERIUS


Aku termenung memikirkan kejadian pagi tadi. Siapa wanita itu? Kenapa dia perlu mencuri bunga aku?

Untuk membuang fikiran tentang wanita itu, aku menghalakan diri ke taman. Tempat di mana aku sering menghabiskan sisa baki hidupku. Satu-satunya tempat yang mampu menenangkan aku. Mungkin ramai orang akan hairan dengan minatku. Lelaki minat bunga? Aku tahu perkara itu kedengaran agak janggal, tapi aku tidak mampu menafikan minat aku terhadap bunga.

Aku sering berharap yang aku tidak menghidap penyakit albino. Penyakit ini membuatkan aku kelihatan kaku dan membosankan tanpa sebarang warna. Aku juga selalu berharap yang aku mampu bermain di luar lebih lama. Dengan penyakit ini, aku sering dihalang keluar istana supaya tidak terdedah kepada cahaya matahari. Aku tahu perkara itu mampu meningkatkan kadarku menghidap penyakit kanser kulit, tapi aku tidak menafikan yang aku masih seorang manusia yang hanya inginkan kebebasan. Kebebasan untuk mengikut hati.

Mengapalah hidup aku amat menyedihkan? Hidup tanpa seorang ayah dan ibu. Hidup yang hanya perlu memikirkan tentang diri sendiri. Hidup yang hanya berlandaskan pada kata-kata manusia. Mengapa aku perlu hidup dalam keadaan begini? Salahkah aku untuk cuba hidup seperti orang lain? Hidup tanpa perlu risau akan ketakutan orang lain pada diri sendiri?

Selama 25 tahun aku hidup,aku hanya sentiasa berada di istana dan kawasan sekitarnya. Aku hanya akan menjenguk kota apabila nenda menyuruh dan nenda tidak membenarkan aku untuk ke kota tanpanya. Aku juga tidak mempunyai keinginan untuk ke kota kerana aku yakin orang ramai hanya akan memandang aku pelik.

"Marcel!".

Aku memalingkan pandangan ke arah yg sedang memanggil aku. Kelihatan nenda sedang berjalan menuju ke arah aku. Aku sering berasa kasihan pada nenda,perlu mentadbir kerajaan sambil menjaga cucunya yang berpenyakit ini. Kadang kala,aku rasa seperti diri ini tidak layak untuk hidup bersama nenda.

"Nenda buat apa ke sini?"soalku. Aku yakin yang nenda masih kepenatan. 

"Nenda kan dah janji dengan kamu nak teman kamu bermain di taman bunga kita"jawab nenda sambil tersenyum.

"Nenda,kalau nenda penat.."

"Nenda tak penat Marcel. Kamu lebih penting bagi nenda sekarang. Dah jom,hari ni kita tanam bunga baru!"nenda memotong sebelum aku habis bercakap. Aku yakin nenda hanya cuma ingin menyejukkan hati aku.

"Kita tanam bunga apa hari ni nenda?"tanyaku.

"Hari ni,kita tanam the carnations flower!".

'I miss you'aku mengumam kecil.

"Marcel cakap apa tadi?"soal nenda mungkin terdengar apa yang aku  cuba katakan tadi.

"Bunga ni melambangkan kerinduan kita pada seseorang"aku menerangkan kepada nenda sambil tersenyum.

"Wah,pandainya cucu nenda ni! Macam mana kamu tahu semua ni?"kata nenda sambil tersenyum bangga.

"Marcel kan ada banyak buku pasal bunga. Lagipun Marcel memang minat dengan bunga"jawab aku.

Nenda tersenyum sambil mendekati aku. Nenda memberikan aku beberapa biji benih bunga tersebut.

"Kamu memang banyak sangat persamaan dengan ibu kamu Marcel"nenda membuka bicara.

Pergerakan aku terkunci lalu aku memalingkan wajah menghadap nenda. 

"Ibu kamu memang sangat sukakan bunga. Nenda pun tak faham kenapa dia minat sangat dengan bunga. Bila nenda tanya,dia cuma jawab yang dia sangat sukakan bunga. Katanya,itu jelah satu-satunya cara dia nak ekspresikan perasaan dia"kata nenda sambil tersenyum.

"Sebab tulah istana ni ada taman bunga yang besar sejak kamu kecil lagi. Kebanyakan bunga-bungaan kat sini semuanya hasil tanaman bonda kamu dahulu"sambung nenda lagi.

Aku terpegun dengan kata-kata nenda. Bonda ada minat yang sama dengan aku? Seketika aku berjeda memikirkan 'mesti seronok kalau bonda masih hidup,dapat aku berkongsi minat yang sama'. 

"Tapi lepas pemergian bonda,nenda langsung dah tak masuk sini dah. Bunga-bunga ni pun pekebun yang tolong siramkan. Tapi sejak kamu ada kat istana ni,nenda mula suka semula memasuki taman ni. Semua pergerakan kamu mengingatkan nenda pada bonda kamu"kata nenda sambil cuba menahan suara yang semakin pecah untuk tangisan.

Untuk menjaga hati nenda,aku menceriakan kembali suasana dengan bertanyakan tentang topik yang lain. Kami meneruskan aktiviti menanam dengan gelak-tawa dan kegembiraan. Sungguh,aku hanya mahu ini kekal lama. Aku tidak sanggup jika kehilangan lagi orang yang aku sayang.

..................................................


Aku termenung memandang siling. Aku masih tidak boleh melelapkan mata. Apa  yang nenda katakan masih segar dalam ingatan aku. Apa yang membuatkan bonda pergi? Bila aku fikirkan semula tentang perkara itu,aku masih keliru. Jika benarlah yang ibu sudah meninggal dunia,mengapa nenda lansung tidak pernah bawa aku ke makam bonda? 

Memikirkan semula perkara itu membuatkan aku pening kepala. Aku bangkit dari pembaringan lalu menuju ke arah tingkap. Aku merenung suasana malam yang amat menenangkan lalu aku memandang ke arah taman bunga. 'Marcel teringin nak berjumpa dengan bonda'hati ku berdetik.

Tiba-tiba aku terlihat kelibat seseorang memasuki taman bungaku. Siapa yang masuk taman bunga aku dalam waktu gelap-gelap macam ni? Aku kembali fokus merenung ke arah 'manusia' yang memecah masuk taman bungaku.

Tanpa berfikir panjang,aku mengambil jubah ku yang berhoodie lalu menutup sebahagian muka dengan hoodie tersebut. Aku menuju ke arah taman bunga.

Perlahan-lahan aku menuju ke arah tembok yang berdekatan bagi menyorokkan diri. 'Siapa tu?'detik hati ku.

Mustahil itu pekerja istana. Pekerja istana takkan pernah pakai jubah berhoodie untuk menyiram bunga. Lagi-lagi dalam waktu malam begini. Aku kembali merenung 'manusia' itu. Aku cuba memerhatikan wajahnya dalam kesamaran malam.

Wanita?

Ya,aku yakin itu adalah seorang wanita. Sekejap,itu bukan ke wanita yang memecah masuk taman bungaku beberapa hari yang lepas? Apa yang dia buat kat sini lagi? Dalam gelap-gelap macam ni?

Aku merenung lagi wanita itu. Dia megambil beberapa kuntum bunga lalu dibawa beberapa kuntum bunga tersebut ke dalam bakul yang dibawanya. Dia memerhatikan sekeliling seolah-olah ingin memastikan bahawa tiada siapa yang lihat akan 'kelakuannya' itu. Dia berlari keluar dari taman bungaku setelah mendapat kuntuman bunga yang mencukupi baginya.

Aku semakin keliru. Kenapa dia perlu mencuri? Apa yang penting sangat sampai dia perlu ambil bungaku tanpa sebarang kebenaran?

MY EMERALDWhere stories live. Discover now