ADRA ZUHRIYAH
"Ya Allah,ampunilah hambamu yang keji ini. Ampunilah hamba mu yang lemah ini. Pinjamkanlah aku sedikit dari kekuatan mu Ya Allah,Tuhan Yang Maha Kuat. Engkau permudahkanlah segala urusan aku di dunia dan akhirat. Sesungguhnya engkaulah Yang Maha Mengetahui apa yang aku zahirkan dan apa yang aku sembunyikan. Dakaplah aku dalam kelembutan hidayah mu Ya Allah dan jauhilah aku dari segala bala bencana dan hasad dengki manusia. Amin ya rabbal alamin"aku melipat kain yang dijadikan sejadah itu lalu bergerak menuju ke dapur untuk menyiapkan sedikit ubat buat umi.
"Adra sayang"umi memanggil lembut.
"Ya umi"aku berjalan menuju ke arah umi sambil membawa air dan ubat.
Sedih. Sedih aku melihat keadaan umi yang hanya mampu terlantar di atas katil. Sejak peristiwa yang perit itu,umi lansung tidak boleh berjalan. Hanya aku sahaja anak yang umi ada. Maafkan Adra umi.
Perlahan-lahan air mataku jatuh membasahi pipi. Aku mengesatnya dengan cepat supaya umi tidak perasan akan tangisan aku itu.
"Adra anak umi...umi sayang Adra"kata umi lembut. Lembut seperti tiada apa yang sedang melanda. Lembut dan menenangkan.
"Adra pun sayang umi. Umi satu-satunya permata yang Adra ada"kataku seraya memeluk umi.
"Adra sayang...ingat pesan umi ya. Walau apa yang jadi sekalipun,Adra jangan pernah tinggalkan solat. Jangan pernah lupa rahmat yang Allah turunkan kepada kita. Berdoa pada Allah jika Adra dalam kesunyian. Adra adalah kurniaan Allah pada umi dan abah. Kalau suatu hari nanti umi dah takde,jangan pernah lupa doakan umi ya.Anak umi yang cantik ni,jangan gunakan kecantikan Adra di jalan yang salah ya. Umi hanya mampu tinggalkan agama ini sahaja. Maafkan umi kerana buatkan Adra hidup tanpa harta dan bapa. Maafkan umi ya sayang".
"Umi....umi jangan pernah cakap macam tu lagi ya. Adra tahu umi kuat,umi boleh lawan sakit tu. Insya Allah Adra ingat semua nasihat umi...Adra pun sayang umi"tangisanku semakin kuat apabila mendengar apa yang diucapkan umi sebentar tadi.
"Adra....jangan pernah sayang manusia lebih dari perasaan sayang kita pada Allah. Kerana hakikatnya,manusia ini hanya sementara..bahkan syurga itu selamanya. Sayang Allah lebih dari segalanya".
Aku hanya mengangguk mendengar nasihat umi itu. Sungguh aku tidak mampu untuk kehilangan lagi satu permata dalam hidupku.
Setelah menyuapkan umi ubat,aku mula bersedia untuk pergi menjual bunga-bungaan di kota. Seperti biasa,pakaian aku hanyalah gaun labuh putih yang lusuh dan selendang putih. Aku hanya mempunyai dua sahaja pakaian. Namun,ini sahajalah pakaian terbaik yang aku ada.
Sambil aku berjalan menuju ke kota,fikiranku melayang mengenangkan istana yang sudah lima hari berturut-turut aku kunjungi. Jujur aku katakan,aku berasa amat bersalah perlu mencuri bunga-bungaan di situ. Tapi apakan daya,itu sahaja yang mampu aku gunakan untuk membeli ubat ibu.
............................................................
Setelah dua jam berada di kota,aku mula menuju pulang ke rumah.
"Assalamualaikum umi"aku memberi salam lalu memasuki rumah. Aku menuju ke arah cerek air untuk menuang air suam lalu mengeluarkan ubat umi yang perlu aku suapkan. Kelihatan umi masih nyenyak tidur.
Aku menepuk-nepuk bahu umi untuk mengejutkannya.
"Umi bangun..Adra nak suapkan umi ubat ni. Umi"aku masih lagi mencuba untuk mengejutkan umi.
Apabila aku lihat umi langsung tidak memberikan sebarang respon,aku mula gelisah. Umi kenapa? Aku mencuba lagi mengejutkannya. Perasaan risau sudah mula bertandang di hati. Ya Allah.
Aku memeriksa nadi di tangan umi dan..........
Ya Allah.
"Umi,bangun umi. Jangan tinggalkan Adra umi. Adra hanya ada umi seorang sahaja. Umi satu-satunya kesayangan Adra yang Adra masih ada".
Tiba-tiba fikiranku mula melayang memikirkan tentang nasihat umi. Inikah maksud nasihat umi? Ya Allah.
"Umi...bangun umi"tangisan ku sudah pecah.
Ya Allah janganlah kau tarik permata hidupku lagi ya Allah.
..................................................
Hari ni sudah genap seminggu pemergian umi. Genap seminggu juga aku lansung tidak mahu keluar rumah. Aku masih terkesan dengan pemergian umi. Mengapa umi perlu pergi sewaktu aku masih perlukan kasih sayangnya?
Tanpa memikirkan lagi hal itu,aku menuju ke katil untuk tidur. Haihh.
Sebelum sempat melelapkan mata,mataku terkunci pada beberapa kuntuman bunga yang aku curi dari istana.
Perasaan bersalah mula mencengkam diri. Ya Allah,umi pergi dalam keadaan anak dia sendiri sedang mencuri. Aku menangis. Menangis mengenangkan nasib umi yang mempunyai anak sebagai seorang 'pencuri'. Ya Allah...ampunkan aku Ya Allah.
Aku perlu meminta maaf kepada tuan bunga itu. Ya,aku tekad untuk meminta maaf...dan terima segala kemungkinan yang akan datang.
Aku tidak mahu umi pergi dalam keadaan ibadah anaknya tidak diterima. Esok,aku akan kembali semula ke istana dan berjumpa dengan tuannya. Ya Allah,permudahkanlah segalanya.
Aku tekad dan sanggup terima segala kemungkinan.
YOU ARE READING
MY EMERALD
Viễn tưởng(INSPIRASI DARI KISAH LA CITTA DI SMERALDO) KISAH INI TIADA KAITAN ANTARA YANG HIDUP MAHUPUN YANG MATI. KISAH INI HANYA SEBAGAI HIBURAN SEMATA-MATA. Lahirnya seorang putera bagi sebuah pasangan yang bahagia. Putera yang disangka akan menjadi kebaha...