MY EMERALD 3

25 3 0
                                    

MARCELLO VALERIUS

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MARCELLO VALERIUS


Termasuk hari ni,dah 5 hari aku nampak kelibat wanita yang sama di taman aku. Setiap malam. Aku masih tidak tahu apa yang dia nak buat dengan bunga-bungaan tu,tapi yang penting aku takkan bagitau nenda pasal perkara ni. Aku taknak nenda pening memikirkan masalah ni. Mentadbir kerajaan je dah cukup memenatkan dan aku tahu suatu hari nanti aku pula yang perlu mewarisi tugasan itu memandangkan aku seorang sahaja cucu dan keturunan yang ada.

Selepas sahaja bersarapan,aku memutuskan untuk berjalan-jalan di sekitar istana. Jika ingin dibandingkan dengan istana kerajaan lain,jujur aku katakan istana ini tidaklah setanding dengan istana di kerajaan lain. Namun,aku tahu yang nenda berusaha untuk membangunkan kerajaan ini. Dan aku perlu sedia untuk menanggung tugasan yang seterusnya.

Sampai sahaja di hadapan bilik alatan muzik,aku berhenti dan terdiam seketika sebelum aku memutuskan untuk memasukinya. Nenda banyak membelikan aku alatan-alatan muzik tapi hanya satu sahaja yang aku pandai main. Piano. Nenda mengupah seorang pemuzik yang terkenal di kerajaan kami untuk mengajar aku,dan aku lansung tidak menyesal mempelajarinya. 

Aku menapak ke arah grand piano yang agak jauh di dalam bilik tersebut. Perlahan-lahan jari-jemariku cuba untuk menyentuh kekunci piano.

Aku duduk dan mula memainkan lagu yang sudah lama tersimpan rapi di hati. Perlahan-lahan aku memulakan permainan jari-jemariku mengikut rentak hati yang dibelenggu irama  kesedihan dan kesepian. Membiarkan diri mendengar rintihan sendiri.

"Wondering child of the earth 

Do you know just how much you're worth?

You have walked this path since your birth 

You were destined for more

There are those who tell you you're wrong

They will try to silence your song 

But right here is where you belong 

So don't search anymore

You are the dawn of a new day that's waking

A masterpiece still in the making

The blue in an ocean of grey

You are right where you need to be

Poised to inspire and to succeed

You'll look back and you realize one day

In your eyes there is doubt

As you try to figure it out

But that's not what life is about

So have faith there's a way

Though the world may try to define you

It can't take the light that's inside you

so don't you dare try to hide

MY EMERALDWhere stories live. Discover now