01

3.5K 173 140
                                    



" Ready?"

" Yeah."




[ successfully connected ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ successfully connected ]












Semuanya menjadi huru-hara.



Suara aneh bergema diselangi bunyi dentuman demi dentuman menggegarkan dunia. Batu-batuan asteroid yang jatuh menghempas Bumi kini merosakkan segala-galanya yang ada di muka Bumi itu. Semua orang yang berada di situ melarikan diri walaupun tiada hala tuju yang sebenar. Semuanya ingin mencari ke tempat yang selamat, tanpa memikirkan apa-apa. Kini hanya mahu terus hidup dari bala bencana itu.





Keadaan di jalan raya itu mula sesak dengan manusia yang berlari ingin menyelamatkan diri. Kepada mereka yang bernasib baik, dapat menjauhi tempat itu dengan segera. Kepada yang sebaliknya, mati ditimpa batuan besar asteroid, ditimpa batu konkrit bangunan yang runtuh akibat gegaran mahupun dipijak pada bahagian kepala sehingga pecah oleh segerombolan manusia yang berlari  kerana jatuh secara tiba-tiba ketika ingin menyelamatkan diri.





Batu-batuan asteroid yang terhempas ke Bumi telah merekah pada permukaannya lalu keluar makhluk aneh seperti manusia. Mempunyai dua kepala dan leher yang panjang bagai naga. Gigi taring yang mencecah ke bawah dagu. Wajah? Jangan ditanya, memang terlalu hodoh jika dibandingkan dengan manusia itu sendiri. Mempunyai empat tangan berotot dan bercantum sesama sendiri. Saiz makhluk itu sebesar bangunan 5 tingkat.





להרוג אנוש, להרוג אנושיות!






Makhluk aneh yang keluar dari rekahan batuan asteroid itu berkata dalam bahasa yang aneh dan tidak difahami oleh manusia. Golongan manusia yang sempat bersembunyi di sebalik batuan konkrit bangunan yang telah runtuh itu serta-merta merinding bulu roma tatkala mendengar ayat itu walaupun tidak faham sepatah pun.







The Last King | boboiboy! pandemic Where stories live. Discover now