10

618 68 58
                                    


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



BANG! BANG! BANG!






" Thorn, aku nampak kau seperti serabut. Di mana kau tembak pada sasaran? Semuanya tidak mengenai titik merah itu." Sai mengherotkan bibirnya, seperti tidak berpuas hati dengan pencapaian Thorn yang gagal menyasarkan sasaran yang asyik bergerak ke kiri dan ke kanan itu.




Thorn menghela nafas panjang. Baru dua hari dia diberi rehat, kemudian dia perlu berlatih menembak dengan Sai pula? Itu memenatkan, tambahan lagi luka di badannya masih belum sembuh jadi kadang kala rasa sakit itu seperti mencucuk.







" Apa yang Halilintar ceritakan pada aku tempoh hari mengenai potensi kau dalam menganalisis jarak peluru untuk sampai ke sasaran itu mengagumkan aku, tetapi apa yang aku saksikan sekarang amat mengecewakan." kata Sai lagi. " Apa yang mengganggu kau? Rasa sakit di badan? Luka itu? "





Thorn menarik nafas dalam-dalam lalu dia menggeleng perlahan. Dia tidak mahu Sai memandang rendah padanya kalau alasan yang badannya masih sakit itu digunapakai, jadi dia mendiamkan diri saja.







Lagipun, dia baru teringat akan Halilintar. Hampir lima hari juga tidak nampak kelibat jejaka iris merah itu. Di mana dia?






" Rilekskan badan kau, jangan kelam-kabut. Mata kau perlu fokus pada sasaran, tetapi kalau untuk lebih tepat, kau boleh gunakan skop ini. Lagi satu, kawal pernafasan kau semasa menembak. Itu merupakan aspek penting juga." Sai berkata lalu tangannya sibuk memasang skop pada rifle milik Thorn. Beberapa ketika, dia membetulkan posisi berdiri Thorn, juga posisi tangan yang memegang badan rifle itu.






" Anggap sasaran bergerak di depan kau sekarang adalah makhluk itu. Kau perlu sasarkan pada jantungnya."






Iris hijau Thorn fokus pada sasaran merah, lalu pemicu perlahan-lahan ditarik melepaskan peluru. Dia menghela nafas panjang apabila peluru itu hampir-hampir mengenai titik merah tetapi tersasar sedikit pula.





Sai tersenyum nipis lalu menepuk bahu Thorn dengan perlahan. Seolah-olah terasa bangga pula.





Hampir dua jam  juga Thorn menghabiskan masa dengan latihan menembak dengan Sai. Ahli kumpulannya yang lain pula dilatih oleh beberapa orang pembantu Sai di stesen TAPOPS itu jadi dia tidak begitu mengenali mereka.






Rifle diletakkan di sebelahnya lalu Thorn melepaskan lelah. Kakinya direnggangkan lalu dia menumbuk sedikit bahagian pahanya untuk menhilangkan rasa lenguh. Dua jam berdiri dengan memegang rifle seberat 5kg itu, mahu tidak lengah kaki dan tangannya.






" Hey, budak mata hijau."







Thorn mendongakkan wajahnya apabila namanya dipanggil seseorang. Dia mejongketkan keningnya pada Ice, sebagai tanda menyapa kembali.






The Last King | boboiboy! pandemic Where stories live. Discover now