02

1.5K 126 74
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.





" Kod nombor 46580, ada signal dari bawah konkrit di situ. "


Cermin mata visor berwarna keemasan itu mempunyai signal amaran berkelip-kelip di sudut kanan cermin itu. Tanpa berlengah, Thorn mengikut langkah Solar yang laju sahaja berlari ke arah timbunan batu konkrit.


Batu konkrit yang besar itu terpaksa mereka alihkan untuk memastikan laporan Solar yang diberikan adalah betul. Memang benar, ada dua orang mangsa sedang terbaring lemah di bawah timbunan batuan itu. Kelihatan darah kering membasahi lantai simen itu. Solar dengan pantas meletakkan jarinya pada bahagian bawah leher kedua-dua mangsa itu, untuk memeriksa nadi samada masih berdenyut atau tidak.



" Ada dua orang mangsa tertimbus di bawah sini... dan masih hidup. Cuma salah seorang daripada mereka patah tangan, dan seorang lagi cedera parah di bahagian kepala dan kemungkinan kehilangan banyak darah." Solar memberi laporan pada alat komunikasi di telinganya.



Thorn duduk bercangkung, membiarkan Solar melaksanakan kerjanya. Rifle HK416 di tangan langsung digenggam sambil matanya tajam memerhatikan keadaan di sekeliling. Takut-takut kalau makhluk aneh entah dari mana menyerang.



" Dari atas!"



Thorn terkejut dengan satu suara yang memberi amaran itu, lalu terus mendongak. Dia tidak sempat bertindak kerana terlampau terkejut dengan makhluk asing sebesar lelaki dewasa itu melompat dari tingkat atas dari salah satu bangunan di situ. Rifle nya terjatuh.




Thorn menutup mata, takut.



Ngauman makhluk asing itu mengejutkan Thorn. Saat dia membuka matanya, terlihat Halilintar melompat tinggi dan menghayunkan pedangnya pada badan makhluk tersebut.




Badan makhluk itu terbelah menjadi dua, sebelum dia terjatuh ke atas tanah. Diikuti Halilintar mendarat dengan hujung pedangnya ditusuk dalam tanah, menyokongnya supaya tidak jatuh.



Solar meneguk liur, manakala Thorn pula terduduk. Dadanya berombak kencang.


Halilintar berdecit geram, sebelum dia menghunus hujung pedangnya ke arah Thorn. Betul-betul berada di bawah leher jejaka iris hijau tersebut.



Thorn meneguk liur, kaku di situ. Saat mata mereka bertembung, Thorn mula menggigil. Sememangnya iris merah Halilintar amat menakutkan, lagi-lagi bila dia amat marah.


Seperti mata ular.



" Masih lembap." Halilintar mengeluh perlahan kemudian pedangnya diletakkan pada bahu. Jelingan tajam diberikan pada Thorn sebelum dia menggulingkan mata ke atas tanda meluat.



Thorn menunduk apabila  mendengar kritikan Halilintar itu. Agak terasa tetapi kata-kata Halilintar ada betulnya.



" Sepatutnya kau duduk di base Tempur-A dan berlatih kombat dan menembak dengan Laksamana Tarung! Tetapi macam mana Kaizo tu boleh bagi kebenaran supaya kau ikut kami ke misi ni." Halilintar masih membebel, tetapi tangannya laju saja menolong Solar memberikan first aid kit pada salah seorang mangsa di situ.



The Last King | boboiboy! pandemic Where stories live. Discover now