03

929 90 46
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.





" Lagi."



Pedang diayun, tetapi Halilintar lebih pantas menahan mata pedang milik Thorn dengan pedangnya. Thorn tidak mengalah, dia terus menghayunkan pedangnya dari pelbagai arah, tetapi semuanya dapat Halilintar tangkis serangannya.



" Tak cukup pantas!"




Halilintar melompat dan melibas pedangnya dari atas dan mujur Thorn sempat menghalang.
Kemudian Thorn  berguling ke kiri, cuba untuk menendang kaki Halilintar tetapi jejaka itu pantas mengelak dengan membuat back flip.



" Kau yakin ke Halilintar tu takkan kasarkan Thorn tu? Lain macam saja aku tengok cara dia berlawan."


Soalan Gopal hanya dibalas dengan ketawa. Gempa kemudian memandang Gopal, sebelum dia beralih pandangan semula ke arah arena, di mana mereka saksikan latihan pedang Halilintar dengan Thorn.



" Kau tengok saja. Kalau dia tidak suka dengan Thorn, "




Halilintar berlari pantas menuju ke arah Thorn. Pedang diayun dari  barat tetapi berjaya dihalang Thorn lagi. Dengan kesempatan yang ada, Halilintar berpusing 360 darjah dan menendang pedang milik Thorn hingga buatkan pedang itu terlepas jauh dari tangannya.




" Dia akan akhiri perlawanan dengan mata pedang pada leher mangsanya." Gempa tersenyum nipis. Tangannya dimasukkan dalam poket seluar.




Thorn tergamam seketika. Peluang yang ada itu Halilintar terus membuat sepakan kapak, dan tepat mengenai pada tulang belakang Thorn. Thorn tersembam, mulutnya berdesis sakit dan pada masa yang sama berdecit geram kerana masih kalah dengan Halilintar.




Sememangnya corak perlawanan jejaka garang ini amat tidak dijangka.





" Jadi, apa yang Halilintar buat ni memang untuk kebaikan budak tu juga?"




Gempa tersengih dan mengangguk, mengiyakan jawapan Gopal. Kemudian kedua-dua sahabat baik itu ketawa sesama sendiri.




Thorn menggenggam penumbuk. Kali ketiga, dan dia masih kalah.




" Bangun. " Halilintar berkata secara mendatar. Tangannya dimasukkan dalam poket seluar. " Kau luka, alang-alang tu pergilah rawat dulu. Esok nanti aku ajak kau berlawan lagi."




Thorn hanya menurut tanpa berkata sepatah pun. Dia bangun dan mengimbas bajunya yang kotor akibat debu, kesan dia banyak jatuh ketika berlawan tadi.





Berlawan atau berlatih lawan pedang, entahlah.









° ° °







The Last King | boboiboy! pandemic Where stories live. Discover now