BAB 7 : PINDAH?!

111 15 10
                                    

Aizat's pov

Aku tak kesah orang nak cakap aku gila ke , tak siuman ker mental ker. Janji aku happy. Aku tak sangka dia setuju. Yess DIA! Dia yang buat hidup aku kacau bilau. Dia yang buat hati aku berbunga-bunga. Dia yang buat hati aku tak tenteram. DIA! Aku kenal dia pada awal persekolahan. Pada hari pertama persekolahan. Kerana dia aku lambat.

Aku tak sangka akan jumpa dia hari². SYIRA yes nama tu. Nama tu terukir dalam hati aku sekarang ni. Macam mana perkenalan aku dengan dia?

Flashback

"Nak pakai baju apa ekk?" harini first day sekolah. Baru setahun aku mengajar kat sana. Tahun ni dah nak masuk tahun kedua. "Hmm kemeja ni nampak okay!" aku melihat patulan imej aku di cermin. Kemeja biru berseluar hitam. Tak lupa juga dengan blazer hitam yang aku gunakan. Aku melirik ke arah jam. Ohh baru pukul 6.45. Hah?! 6.45? Aku kene cepat! Harini aku yang bertugas di pintu pagar. Perjalanan dari rumah aku ke sekolah mengambil masa 10 minit. Tak kira jam lagi. Aduhh!

Aku kunci pintu rumah. Dengan segera aku naik motor y15zr aku. Aku undur ke belakang tanpa menoleh. Aku kene cepat.

Kedebuk!!

Dengan pantas Aizat menoleh ke belakang. Seorang perempaun ayu jatuh terduduk dia atas jalan. Dia mengurut kaki yang agak bengkak. Sakit ker aku langgar?  Ishh mesti lah sakit! Dia pakai heels kann. Kenapalah aku bengap sangat.

"Cik? Aduh saya mintak maaf! Tadi saya betul² nak cepat. Cik okey ker?" Aizat dengan pantas turun dari motorsikalnya.

"Encik boleh tanya saya okey tak?" merdunya suara dia! Dia perlahan mendongak. Aku rasa seperti masa telah berhenti. Indah nya ciptaan mu ya Allah. Mata dia! Cantik sangat. Bulu mata dia lentik tanpa mascara! Dia hanya memakai lipstik berwarna orange mandarin. Cantik sangat. Sesuai dengan muka dia.

"Hello! Encik!" Aizat tersedar daripada lamunannya. Ya Allah malunya aku! "Hah?! Cik..err.. Saya memang nak tolong cik tapi boleh ke cik naik motor dengan saya. Kunci kereta saya ada dalam rumah dan sekarang ni saya dah lambat!" aku takut dia tak sudi sebab naik motor. Yelah dia kan perempuan.

"Encik gila ker nak suruh saya naik dengan Encik! Papah jelah saya dekat tepi tu. Nanti saya call kawan saya." papah? Maknanya aku kene pegang dia?  Ya Allah! Ni dikira darurat kan! Aku menghampiri dia, baru aku sedar dia memakai perfume honeydew. Wanginya!

"Betul ke cik boleh duduk kat sini. Kaki tu macam mana?" risau juga aku sebab buat anak dara orang cedera. Lepastu aku boleh pula pergi kerja macamtu je.

"Iya, dah² pergila kerja tuh. Nanti lambat pulak." dah kalau dia cakap macam tu aku nak buat macam mana kan. Aku meneruskan perjalan ke sekolah yang tergendala sebentar tadi.

End flashback

Dan apa yang paling aku tak sangka, selama 3 bulan kitorang kenal, dia boleh terima lamaran aku. Aku melamarnya minggu lepas dan harini dia bagitau aku yang dia terima. Sebab tu aku happy sekarang ni.

Aku dah bercakap dengan ibunya. Akhir tahun ni kitorang bertunang, akhir tahun depan kitorang kahwin. Mungkin korang fikir lama sangat kitorang bertunang tapi ibu Syira nak Syira habis belajar dulu. Tinggal satu semester je lagi.

Dira's pov

Dah dua tahun aku kene menghadap cikgu Aizat ni. Aku pelik juga. Dah takda cikgu lain ke yang nak mengajar kami? Penat tahu tak?! Cuba korang bayangkan orang lain yang tak siap homework, aku pulak yang kene marah! Alasan dia tak munasabah langsung! Dia cakap aku bersalah sebab tak ajar diorang. Huh tinggal lagi seminggu je kitorang sekolah. Tahun depan dah pt3.

"Woii. Sedap pula kau berangan dalam kelas aku kan! Kau bangun!" ni lah yang akan jadi tiap² hari. Aku menoleh ke arah cikgu Aizat. "Cikgu nak apa?" tanya ku dengat nada selembut yang mungkin. Api mana boleh lawan api. Salah seorang kene jadi air.

"Kau tanya aku nak apa?! Yang kau mengelamun tu kenapa? Laporan yang aku suruh buat kau dah siap ker?!" ceh setakat 2 laporan tu aku dah siap 20 minit yg lalu tauu. "Cuba jadi macam Luny ni. Tak tahu dia tanya orang. Dia tanya aku. Ni kau tak tahu boleh pula mengelamun. Ingat dengan mengelamun tu idea boleh masuk ker?! Tengok Luny dah nak siap satu laporan! Kau habuk pon takda!" ceh dah nak siap satu laporan. Aku dua² dah siap lah. Aku lohat Luny tersenyum sinis. Aku senyum kembali padanya. Aku ambik buku laporan lalu ku baling ke arah cikgu. Head shot! Tepat kene muka dia. Padan muka kau!

"Cikgu cek lahh. Saya dah siap semua dah 20 minit lalu."aku lihat cikgu mengecek buku aku sambil terkumat-kamit menyumpah seranah aku. Ni mesti sebab aku baling buku ni! Aku dah tak jadi sambung berangan. Aku ambil mini pillow dari dalam beg aku. Time to sleep! Sumpah aku mengantuk gila sebab aku layan hindustan semalam. Aku tak minat korea tauu. Sorry!

Aku tersentak lepas dengar ketukan kuat di meja aku. Seriusly tak sampaj seminit pon aku nak tidur dia dah kacau. Aku lihat muka cikgu dah merah menahan marah. De ku kesah.

"Aku akan anjurkan lawatan 3 hari 2 malam untuk bacth korang! Aku nak kau catat semua benda yang kita buat kat sana sebab kau yang kena buat laporan! Korang akan tidur di homestay. Satu homestay lapan orang. Nak lebih details datang jumpa aku dekat bilik disiplin." aku hanya mengganguk faham. Takda angin takda ribut tetiba buat lawatan. Pelik!

"Aku anjurkan lawatan ni sebab aku nak pindah. Sekurang-kurangnya adalah kenangan aku dengan korang semua. Lepas lawatan tu korang dah tak jumpa aku." aku dengar suara nya agak kendur. Sedih maybe?

"Lek² dah lah. Macam sedih jer. Kat sana nanti kita enjoy lah puas². Buat kenangan banyak². Kita buat lah sama²." semua memandang aku pelik. Apa?! Nak bagi semangat pon tak boleh ker? Aku sambung tidur.

~♥~

Pindah? Tapi kenapa? Aku dengar dia sendiri yang buat permohonan. Ke dia tak suka aku jadi pelajar dia? Sebab aku kurang ajar? Tapi dia boleh je kan tukar kelas, tak payah kot sampai tukar sekolah. Nanti dengan siapa aku nak gaduh? Dengan siapa aku nak kurah ajar? Dengan siapa aku nak rasa menyampah?

Ting! Aku dengar mesej masuk. Dengan segera aku mencapai phone aku

Cikgu Aizat🤧
Nanti kita akan pergi lawatan ke pulau redang. Makan minum korang tanggung sendiri. Tajuk laporan kau buat LAPORAN LAWATAN KE PULAU REDANG  kau faham?

Me
Faham cikgu! Ada lagi ker😪😴

Cikgu Aizat🤧
Dah takda dah. Tu jer.

Aku hanya men'seen'kan aja chatnya. Dia betul² nak pindah ke. Sunyi kah hidup aku nanti. Aku datang sekolah sebab nak gaduh dengan dia jer. Aku merebahkan badan atas katil. Time to sleep!

Hye guyss..  Sorry tau sbb tak update! Setiap kali sis nk update mesti ada problem. Bila nak publish ada sesetengah yang hilang. Ni pon ada yang hilang jugak sbb tu sikit jer. Jgn lupaa vote!

𝐂𝐑𝐔𝐒𝐇 𝐎𝐍 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔?! (HIATUS)Where stories live. Discover now