Sinar pagi menerangkan bilik yang gelap itu. Matanya terbuka luas. Tangannya mencapai telefon bimbit yang diletakkan di atas kabinet kecil di sisi katilnya.
Galeri di dalam telefon itu dibuka, wajah seorang gadis di tenung. Terukir senyuman dibibirnya, sungguh gadis itu bukanlah gadis biasa baginya.
"Don't worry sayang, kita akan jumpa nanti!"
Setiap kali dia hendak memejamkan mata, wajah itulah yang selalu di tenung, begitu juga sebaliknya.
Setelah itu, telefon itu ditutup kembali dan diletakkannya ditempat yang asal.
Tok! Tok!
Pintu biliknya diketuk seseorang. Langkahnya menuju ke pintu itu. Lalu dibukanya.
"Kim, mama dah siapkan makanan. Jom turun, kita breakfast sama-sama!" Ucap Datin Husna sambil memegang tangan anak bujangnya itu.
"Mmm...mesti sedap ni!"
"Jom turun cepat nanti makanan sejuk!"
Mereka berdua tiba di meja makan. Lauk pauk telah sedia diletakkan di atas meja. Nasi panas disejukkan di atas pinggan yang leper.
"Kim, mama tengok kamu asyik balik lambat je. Banyak sangat ke kerja kt office tu?"
"Tak ada lah banyak sangat. Kim balik lambat pun sebab cari Mika"
"Kim. Mama sangat hargai kerja keras kamu untuk cari Mika. Tapi mama minta sangat, tolong jangan lupa makan. Mama risau Kim jatuh sakit sebab terlalu penat"
"Jangan risau lah ma! Semua ni pun untuk mama. Kim yang sepatutnya cakap macam tu pada mama. Kim harap mama dapat pulih macam dulu lagi!"
Terasa sebak hatinya setelah mendengarkan kata-kata itu keluar dari mulut anak tunggalnya itu. Sungguh bertuah rasanya mempunyai anak yang sangat peduli dan sayang akan dirinya.
"Emm...rasanya nasi dah sejuk. Mari makan!
--------------------
Tok! Tok!"Masuk!"
Pintu dibuka perlahan. Beberapa fail dibawa menuju ke arah seorang lelaki berkulit sawo matang yang sedang menaip pada papan kekunci komputer.
"Tuan! Yang ni fail yang saya dh siapkan. Ada lagi dua, nanti saya bagi!"
"Okay, letak situ" Kata Fikry sambil memuncung-muncungkan bibirnya. Serius sangat menaip sampai muka pun tak ditengok.
Gadis itu mengangguk tanda faham. Lalu meletakkan fail-fail itu di tempat yang disuruh.
"Sayang!" Seorang gadis bersanggul datang dengan membawa kotak hadiah bereben.
Mereka berdua memalingkan wajah tepat kearah gadis itu. Dengan memakai kasut bertumit, gadis itu menghampiri Fikry.
"Sayang, seriously I tak ingat
birthday mama U.""Tak apa... lagipun I lupa nak
bagi tahu U""This is for your mom!" Kotak hadiah tersebut diletakkan di atas meja kerja Fikry.
"Thank you sayang, I harap hati mama terbuka untuk terima U"
"I pun harap macam tu!"
"Tuan...saya minta diri dulu" Ucap gadis itu. Ustaz kata jangan berdua-duaan , nanti ada makhluk yang ketiga. Bukan apa, dia tak nak lah jadi makhluk yang ketiga tu. Jadi dia putuskan untuk minta diri keluar dari pejabat tu.
"Kejap!" Kata Scha sambil memegang lengan baju gadis itu.
"Ni...siapa?" Tanya Scha sambil mengangkat keningnya. Pandangannya tertumpu pada gadis itu.
"Ni Mika secretary baru I, kenapa?" Tanya Fikry.
"No...I just tanya" Jawabnya.
Mika menghulurkan tangannya sebagai tanda perkenalan.
"Takpelah, a-awak kata awak nak keluar kan. Keluarlah...pintu keluar ada kt situ!" Jawab Scha selamba. Siapa tak kenal Mawar Schazanna, kalau bukan se level dengan dia, manalah dia nak salam.
Mika hanya tersenyum. Nasiblah Mika ni bukan orang yang cepat marah.
Dia melangkahkan kaki menuju ke pintu pejabat itu untuk keluar. Kalau dia diperlakukan sebegitu buat apa lama-lama lagi disana.
"Scha!...please lain kali U jangan macam tu. Ni kalau mama tahu, I rasa mama makin tak boleh terima U" Kata Fikry.
"Maksud U?" Keningnya dikerutkan.
"Niat dia baik nak salam U, tapi U layan dia macam tu. Apa susahnya, just hulurkan tangan je!" Jelas Fikry.
"So, ni salah I lah!" Kata Scha seperti tidak mahu kalah.
"Tolong buang perangai kebudak-budakan tu boleh tak! I tahu U girlfriend I, tapi tak semestinya semua benda yang U buat I kena cakap betul" Jelas Fikry panjang lebar.
"Kenapa lepas perempuan tu jadi secretary U perangai U terus berubah? Jangan cakap dekat I yang U dah jatuh cinta dekat perempuan tu!" Kata Scha dengan penuh kesal
"Scha, kalau U nak buat bising dekat sini. Better U balik. I ada banyak lagi kerja, kalau I layan U seorang sampai besok pun kerja I tak siap!" Jelas Fikry.
Dia benar-benar tidak mahu berdebat buat masa sekarang.
Tanpa kata-kata Scha keluar dari pejabat itu. Langkahnya menuju ke meja Mika.
Pandangan Mika beralih ke wajah Scha. Dia tidak tahu mengapa gadis itu datang menghampirinya.
"Aku cuma nak ingatkan kau, tolong jangan menggatal dengan calon suami aku!"
Mika berkerut dahi. Sungguh dia tidak mengerti apa yang sedang dikatakan Scha kepadanya.
"Maksud Cik Scha apa?"
"Susah kan bercakap dengan perempuan kampung macam kau ni!. Aku tak nak panjang lebar bercakap dengan kau, aku cuma nak kau jaga batas dengan calon suami aku!" Lalu Scha pergi dari meja Mika dan menuju ke lift untuk turun ke lobby.
Semua staff di situ memandang ke arah mereka berdua. Sungguh perkara yang memalukan bagi Mika, dia tak bersalah pun dia jadi sasaran kemarahan Scha.
"Apa kenalah dengan perempuan tu? Tak ada angin tak ada ribut marah-marah ,bising betul!" Kata Qisya iaitu salah seorang staff yang bekerja di situ.
"Macam je tak kenal perangai dia!" Sampuk Haikal
Kesiannya Mika!
Dia benar-benar kasihan terhadap sahabatnya itu.Geram juga sebab Mika tak melawan.
Kalau dia ada ditempat Mika....tak silap-silap botak terus rambut Scha tu.
Mika tidak menghiraukan kata-kata itu tadi.
Buat apa takut kalau tak salah. Dia terus meneruskan kerjanya yang tertunggak.
°Assalamualaikum readers. Harap korang suka sampai sini, maaf kalau ada perkataan yang tak sesuai. Stay Tuned° adelinikurni

YOU ARE READING
Miss sekretaris itu jodoh aku? (On Going)
Fantasy[ M.S.I.J.A ] Mencintai tanpa direstui bukanlah yang dia inginkan, meyakinkan wanita terpenting bagi hidupnya bukan suatu perkara yang mudah. Pendek kata, cinta yang dipertahankan selama ini adalah cinta yang terlarang. Hanya satu gadis yang direstu...