Tok! tok!
Dia mengetuk pintu dan masuk ke dalam, dia melihat ibunya sedang berehat di atas katil dengan bersandar pada bantal
"Ma..." Kata Fikry sambil mengurut-urut tangan ibunya
"Macam mana?" Tanya Datin Sakinah dengan mengangkatkan keningnya
"Scha dah balik dah" Jelas Fikry
"Mama tak suka Fik ada hubungan dgn Scha" kata Datin Sakinah
"Ma..." kata-kata itu dipotong oleh Datin Sakinah
"Masalah tu kita ketepikan dulu..." Kata Datin Sakinah
"Mama nak bagitau ni...minggu depan mama akan buat birthday party...dah lama mama tak ajak kawan-kawan mama dtg rumah" jelas Datin
Sakinah"Birthday party? Untuk siapa?" Tanya Fikry
Datin Sakinah memandang Fikry dengan kesal. "Ishh, anak sendiri pon tak ingat...siapa lagi birthday bulan ni kalau bukan birthday mama"
"Ya allah, Fik lupa sorry-sorry" jelasnya sambil ketawa kecil
"Takpe, tapi yg penting masa party mama tu...mama nk Fik datang tepat waktu okay. Ajaklah semua staff kt office dtg" ujarnya
"Alright!" Jawab Fikry
Pada hari ahad , Datin Sakinah pergi ke pasar untuk membeli bahan-bahan masakan untuk party nya besok. Dia pergi ke pasar tanpa ditemani pembantunya Mak Leha kerana pada waktu itu Mak Leha ditugaskan untuk mengemas rumah.
Setelah setengah jam membeli bahan masakan, Datin Sakinah keluar dari pasar dengan membawa barang-barang yg dibelinya dan menuju ke kereta.
"Aduhhh!" Datin Sakinah terjatuh kerana terlalu banyak membawa barang
Tiba-tiba seorang gadis datang dan memegang tangan Datin Sakinah untuk membantunya berdiri "Ma..makcik, bangun" katanya
Datin Sakinah berdiri dengan bantuan gadis itu dan dia membantu Datin Sakinah mengambil barang yang terjatuh tadi.
"Terima kasih dah tolong saya tadi" ucap Datin Sakinah dengan wajah tersenyum
"Sama-sama, hmm...makcik balik naik apa?" Tanya gadis itu
"Saya naik kereta" jawab Datin Sakinah
"Oh, takpe...biar saya bawakkan barang makcik sampai kereta ya!" jelas gadis itu
"Ehh takpe...susahkan kamu je!" Kata Datin Sakinah
"Takpe..." jawab gadis itu
Mereka berdua sampai di kereta "Terima kasih banyak-banyak dah tolong saya bawa barang" ucap Datin Sakinah kepada gadis itu
"Sama-sama makcik!" Jawab gadis itu
"Oh ya!...saya lupa tanya nama kamu? Nama kamu apa?" Tanya Datin Sakinah
"Nama saya Mikayla" jawab gadis itu
"Ooh Mikayla!.....Kamu balik naik apa?" Tanya Datin Sakinah lagi
"Saya balik dgn kawan saya , dia tunggu kt situ" jawab Mikayla dengan wajah tersenyum
"Oh, terima kasih lagi skli ya!..." ucap Datin Sakinah
"Ya sama-sama. Saya pergi dulu ya Assalamualaikum!" Kata Mikayla
"Waalaikumussalam" jawab Datin Sakinah
°S T A Y T U N E D°adelinikurni☆
YOU ARE READING
Miss sekretaris itu jodoh aku? (On Going)
Fantasy[ M.S.I.J.A ] Mencintai tanpa direstui bukanlah yang dia inginkan, meyakinkan wanita terpenting bagi hidupnya bukan suatu perkara yang mudah. Pendek kata, cinta yang dipertahankan selama ini adalah cinta yang terlarang. Hanya satu gadis yang direstu...