Bab 5 : Suka tanpa sengaja

73 15 0
                                    

Keesokan harinya.

"Tok!" "Tok!"

Dengan memegang jadual meeting, Mika masuk ke dalam pejabat Fikry. "Tuan, untuk jadual harini tuan ada meeting dengan CEO Stars Holdings pkl 2:30 ptg nanti"

Setelah mendengarkan jadual meeting yg di sebut oleh Mika, Fikry mengangkat sedikit kain baju kemejanya untuk melihat jam tangan.

Setelah itu, dia memakai coat kelabu yg di letakkan di atas office chair nya dan mengancing butang dengan perlahan-lahan. Dia berjalan dengan tegap dan menuju ke pintu.

Dia nk pergi mana?

Fikry seperti mengetahui apa yg dikatakan Mika, lalu dia berhenti tepat di depan pintu dan memusingkan badannya ke arah Mika. "Awak buat apa berdiri kt situ lagi? Jomlah!" Katanya. Mika menganggukkan kepalanya dan keluar dari pejabat untuk mengambil handbag dan fail di atas mejanya.

Mika berjalan tepat di sebelah Fikry. Dia masih tertanya-tanya kemanakah mereka berdua akan pergi, Mika memandang wajah lelaki yg berkulit sawo matang itu "Tuan...meeting lama lagi, skrg baru pkl 10.40" jelasnya

"Awak ikut je" jawab Fikry dengan selamba

Pintu lift terbuka, mereka masuk kedalam lift. Tiada sepatah kata pun keluar dari mulut Fikry mahupun Mika, sementara menunggu lift turun Mika asyik memainkan tali beg nya bagi mengelakkan rasa bosan.

Mereka berdua melangkahkan kaki keluar dari lift setelah pintu lift terbuka dan menuju ke VIP Parking.

Kali ini bukan kereta sport berwarna kuning yg dibawanya, melainkan kereta peninggalan ayahnya iaitu kereta BMW yg berwarna hitam.

Fikry membuka pintu kereta dan masuk kedalam, setelah itu dia juga tidak lupa memakai safety belt bagi menjamin keselamatannya ketika sedang memandu.

Mika membuka pintu di tempat duduk bahagian belakang dengan perlahan dan masuk kedalam .

Dia duduk dengan sopan sambil memangkukan handbag nya di atas paha. Setelah memakai safety belt, Fikry menghadapkan wajahnya ke cermin depan dan melihat Mika yg sedang duduk di tempat duduk bahagian belakang.

"Mika, cuba awak tengok tempat duduk sebelah saya ni" Kata Fikry

"Ya..kenapa?" Tanya Mika

"Ada apa-apa tak dkt tempat duduk ni?" Tanya Fikry

Mika menggelengkan kepalanya

"Tak ada apa-apa kan, saya nak awak pindah depan!" Kata Fikry

Mika menganggukkan kepalanya dan keluar dari kereta untuk berpindah tempat ke depan iaitu di sebelah Fikry. "Pakailah safety belt, nanti kalau ada apa-apa siapa yg susah?" Kata Fikry sambil menekan butang penghidup enjen.

Ieeee cerewet betul lh dia ni!

Dia menghela nafas dan menghembuskannya kembali bagi menutupi kekesalannya terhadap Fikry. "Baik boss!" Katanya, Senyuman yang kurang ikhlas itu diberikan kepada Fikry.

Fikry menyentuh steering yg berada di hadapannya dan memandu dengan berhati-hati. Sama seperti keadaan di dalam lift, mereka berdua hanya terdiam di dalam kereta sambil mendengarkan lagu yg di pasang.

Mereka berdua tiba di tempat yg dituju, Fikry membuka safety belt yg dipasang dan turun dari kereta. Setelah beberapa langkah berjalan Fikry baru tersedar Mika tiada di sebelahnya. Dia berpatah balik ke belakang dan menuju ke kereta.

"Tok!" "Tok!" "Tok!"

Fikry mengetuk cermin tingkap Mika.

"AWAK BUAT APA LAGI KT DALAM? TURUN LAH!"

Katanya dengan suara yg lantang bagi memastikan Mika dapat mendengar suaranya dengan jelas.

"Okay, huh!"

Mika turun dari kereta, dia melihat Fikry sedang menunggunya dari kejauhan. Dia bergegas menghampiri Fikry "Buat apa tuan ajak saya pergi taman?" Tanya Mika

"Kita duduk dulu kt situ" jawab Fikry

Mereka berdua duduk dia atas kerusi yang diperbuat daripada batu yg disediakan di taman itu. "Saya ajak awak dtg sini sbb saya tak tau nak buat apa dgn keputusan mama saya" jelas Fikry

"Keputusan apa?" Tanya Mika

"Mama tak benarkan saya ada hubungan dengan Scha!" Jawab Fikry

Apesal dia tanya aku soalan ni...aku nak jawab apa?

Seketika dia terdiam kerana sangat hairan dengan sikap boss nya yg sangat berbeza dari biasanya.

Sebelum ini Fikry yang dikenal adalah Fikry yang bersikap dingin dan kurang bergaul.

"Hmmm...jadi tuan nk saya jawab apa?" Tanya Mika

"Saya nak pendapat awak...sbb awak kan perempuan , jadi mesti awak faham maksud mama saya" Jelas Fikry

Dengan suara yg lembut Mika memberikan jawapan yg diberikan Fikry terhadapnya "Mungkin Cik.Scha bukan yg terbaik untuk tuan"

"Maksud awak?" Tanya Fikry

"Maksud saya, mungkin mak tuan tak benarkan tuan ada hubungan dgn Cik.Scha sbb ada yg tak kena dgn hati dia. Bukan apa, setiap yg mak kita cakap mesti akan berlaku walupun tu perkara buruk sbb firasat seorang ibu tu saangat kuat" Jawab Mika dengan tenang

Fikry hanya terdiam mendengarkan jawaban dari Mika."saya rasa saya tak boleh...dh 4 thn kitorg bersama, saya tk boleh lpskn Scha mcm tu je!"

"Saya yakin, orang yg baik akan dapat pasangan yg baik jugak!" Jelas Mika dengan tersenyum

Fikry memandang Mika dengan wajah tersenyum."Terima kasih!"

"Kan bagus mcm tu...org pandang pon happy, dpt pahala free lagi. Jangan monyok je. Okay!" Jelas Mika

Fikry ketawa mendengar kata-kata Mika. Senyuman yg manis itu tiba-tiba terpancar di wajahnya.

Kan bagus hari-hari macam tu. Semangat sikit kerja

°V O T E & C O M M E N T°adelinikurni

Miss sekretaris itu jodoh aku? (On Going)Where stories live. Discover now