BAB 2

279 35 0
                                        

"Err...sebenarnya ka..kau salah faham ni. Aku ni..." tergagap-gagap aku menjawab padanya. Aduh, first time diri aku rasa berdebar macam ni. Mengalahkan orang merentas desa pula.

"Oit, kau cakap dengan siapa tu? Eh eh ada awek la dekat sini.Cun juga orangnya!" Sergah kawannya  baru keluar dari bawah tangga yang berpakaian sekolah tapi baju tidak masuk dalam hanya biarkan saja baju itu begitu saja seperti budak gangster. 

Tch! Sorry aku lagi gangster dari mereka.

" Awek? Uish, manoi ? "Sergah seorang kawannya lagi yang berdiri sebelah kawannya yang panggil aku 'awek' tu. Sama juga pemakaian mereka berdua eh bertiga termasuk orang di hadapan aku ini. Pemakaian mereka tiada tie di leher dan baju tidak masuk dalam seluar. Tipikal budak nakal.

"Woi kau ni bisu ke apa? Aku tanya kau dari tadi kau diam jaa.Haih kau ni memang nak kena dengan aku ni." kata lelaki di hadapanku seperti dia tidak berpuas hati dengan aku. Aku pula mengerut dahi apabila mendengar nada lelaki itu. Baru sahaja aku ingin balas kata-katanya, ada satu suara yang menegur kami semua di situ. 

Mata kami berempat terus menghala ke arah pemilik suara itu. Dia memakai baju berwarna pink. Pink? Tiada warna lain ke? Terasa kesian pula kaum adam memakai warna itu. Jawatan apa mereka pegang dalam sekolah ni? 

Pengawas sekolah ke? Erk.

" Kau orang semua buat apa dekat sini ? " Tanyanya. Hm sah! Pengawas la ni. Aku terus mengemam bibir apabila disoal begitu. Haih, baru masuk sekolah dah kena tegur dengan pengawas. Apa nasib aku sebegini? Huwaa.

"Datang dah malaun ni." Tiba-tiba keluar suara orang di hadapan aku dengan perlahan. Malaun? Something wrong ni.

"Tak payah acah buat hero, boleh? Kau kalau sehari tak kacau hidup kitorang bertiga tak boleh? Asal takut mampus ke?" Lelaki yang menegur awek cun tiba-tiba sahaja bersuara. Nadanya agak kasar bagi aku.

"Dia takut mampus dekat tangan Is lah tu." Seorang lagi berkata dengan nada yang agak sinis. Aku terus menoleh ke arahnya jadi orang di hadapan aku ni nama dia Is? Mata aku ligat memerhati dari atas hingga bawah. Okey, nampak la dari mukanya tu ada sisi baran dia tu. Agak menyeramkan bagi aku.

Lelaki yang memakai baju pengawas itu hanya tersenyum sinis. Eh, gila ke? Aku hanya memerhati situasi tegang antara mereka berlima. Kemudian datang seorang lelaki yang berdiri di sebelah lelaki pengawas itu. Kawan dia kot.

"Asyik-asyik muka kau orang je aku hadap. Memang muka-muka ni selalu buat masalah. Dasar memalukan!" Pengawas lelaki itu terus jerkah kepada kami semua. Erk, aku yang tiada apa-apa hal pun terbabit juga.

"At least, kita orang tak talam muka macam kau." Kata lelaki di hadapan aku. Uish, perli yang amat singkat, padat, dan ringkas sangat makan dalam.

Lelaki pengawas itu terus melangkah lebih dekat ke arah kami berempat. Nampak mukanya berubah tegang apabila lelaki di hadapan aku berkata begitu.

Terasa ke, bang? Hok aloh.

Mata aku terus jatuh ke arah name tag yang dipakai olehnya. Tipikal bila berjawatan pengawas of course ada name tag pin yang tergantung di bahagian poket baju sekolah.

Engku Hariz
( Ketua Pengawas )

Erk keturunan kerabat diraja ke nama ungku bagai ni? Wait, ketua pengawas. Like seriously? Entah firasat aku mengatakan macam tak kena je gaya lelaki ni memegang jawatan tinggi.

"Oit, kau perempuan. Kau buat apa dekat sini? Join ponteng sekali dengan tiga kepala yang bermasalah ni ke?" Sampuk kawan kepada Engku Hariz.

Aku yang mendengar dia menegur aku terus rasa nak cekik orang. Dasar manusia, mak abah aku bagi nama sedap-sedap, engko sesuka hati panggil aku perempuan?

Hi , Mr Annoying ! [ C ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang