BAB 4 (edited)

220 29 7
                                        

Aku dan sekeluarga tengok drama TV di ruang tamu. Biasa la setiap rumah mesti akan satu keluarga akan tengok satu drama pada waktu malam atau petang .

Malam ini tinggal aku, Angah, mak dan Abah sahaja di rumah.

Adik aku, Farid Airan ?

Budak tu masuk asrama. Katanya nak berdikari, kononnya tapi baju sekolah pun mak yang tolong gosokkan. Acah lebih budak tu. Tambahan pula, dia masuk sekolah agama memang automatik masuk asrama. Bakal ustaz, insya-Allah.

"Rin, macam mana sekolah baru? Ok tak? Ada dapat kawan baru?" soal abah . Aku memandang muka abah yang duduk bersebelahan dengan mak.

Erk, takkan aku nak beritahu yang aku benci satu mamat annoying ni? Mampus aku kena soal siasat macam polis pencen dengan Faiq. Dia ni pak cik bawang kalau boleh semua benda dia nak tahu. Tak apa la, pendam selagi tak memudaratkan mental aku. Tiber.

"Ok je, bah. Budak kelas pun layan Arin dengan baik. Arin ada dapat seorang kawan. Nama dia Zaris Sofea tapi panggil dia Pea." jawab aku. Budak kelas memang ok tapi orang dalam sekolah tu. Heh, benci.

"Tak ada budak lelaki kacau ke?" sampuk satu suara ni. Tak payah bagitahu dah. Aku yang dengar terus mata aku menjeling ke arahnya.

"Ngorat aku? Risau masuk bilik disiplin je nanti." Abah dan mak yang mendengar terus menggelengkan kepala. Tak tahu nak kawal marah aku ni macam mana. Sensitif!

Kalau budak sekolah sekarang ni tahu perangai aku di sekolah lama, confirm tak berani. Tapi tak tahu la mamat annoying tu nak kacau aku ke tak? Rasanya tak sebab aku tak rasa dia berani, kot(?). Dari segi gaya macam berani. Ok tiber.

"Haih, kawal la emosi marah kau tu. Kau jangan buat perangai macam sekolah lama. Tak larat aku dengan abah naik turun sekolah kau sebab kes yang sama." kata Faiq. Aku mengeluh perlahan. Benda orang provok aku mana aku tak baran, bro?

"Sudah la tu. Kamu berdua ni pantang buka mulut mesti nak gaduh. Nak mak lagakan kepala kamu berdua ke?" suara mak menegur kami berdua. Aku memandang Faiq dengan riak tidak puas hati. Dia yang mulakan dulu.

"Angah yang mulakan dulu." kata aku dengan perlahan. Abah hanya menggelengkan kepala. Tak nak masuk campur. Masing-masing dah besar, tahu baik buruk.

Faiq yang mendengar terus membaling bantal ke arah muka tapi nasib aku dapat tangkap. Fuh, terima kasih netball !

"Sudah tu, Faiq Anim. Kamu ni kasar sangat dekat adik kamu." Faiq mendengus geram. 

1-0.

"Sudah tu, ngah." ha keluar dah suara tok guru dalam rumah ni.

Hehe abah back up aku juga!

"Ha kamu Arin tak payah dok seronok sangat. Kamu pun satu, jangan nak melawan cakap angah. Dia tu abang kamu tu adik hormat la dia. " tegur mak.

Aku tundukkan muka aku ke bawah. Angah turut begitu . While, bila kami berdua sudah ditegur oleh mereka maka diamlah kami. Kitorang tak nak jadi anak derhaka kang kena sumpahan jadi batu pula.

"Ha sedar pun kesalahan masing-masing." sindir mak .

Mak punya sindiran boleh meresap ke dalam diri kami semua. Tapi apa yang mak cakap tu ada betulnya sampai bila aku dan AngahFaiq asyik gaduh begini hmmmmmm.

"Mak.." aku memanggil mak dengan  suara yang lembut seperti wanita melayu terakhir. Uhuk!

Mak terus memandang aku sambil angkat kening ala-ala Ziana Zain. "Hm kenapa? Ni kalau buat suara macam tu mesti nak mintak sesuatu." Aku hanya tersenyum kambing. Well, mak tahu perangai anak-anak dia macam mana.

Hi , Mr Annoying ! [ C ]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang